Sunday, November 30, 2008

Resepi Kek Marble Emak


Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
1 cawan planta
1 cawan gula pasir(blenda dulu)
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
serbuk koko

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Pukul planta dan gula hingga benar2 kembang.
3. Masukkan telur satu-persatu dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
4. Masukkan esen vanila dan pukul rata.
5. Masukkan tepung dan pukul rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ketepikan satu bahagian.
7. Masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit dan pukul rata hingga adunan menjadi coklat. (Ikut suka nak coklat macamana)
8. Panaskan oven dahulu. Sediakan loyang pembakar.
9. Lapikkan loyang dengan kertas minyak. Sapukan sedikit planta pada lapik kertas dan didinng loyang(rata).
10. Gunakan senduk sama saiz untuk kedua-dua adunan.
11. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli. (Mula di bahagian tengah, kerana adunan akan melebar sendiri ke tepi.) Ulang2 hingga habis.
12. Hentakkan loyang sedikit ke lantai/ meja untuk meratakan/memadatkan adunan.
13. Bakar adunan di dalam oven selama satu jam.
14. Keluarkan kek ke dalam bekas semasa masih panas.
15. Bolehlah dipotong dan dihidang. Sedap dimakan panas2.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment