Sunday, August 24, 2014

Bulan Merdeka... Bulan Syawal.. Bulan Kesedihan

Lama tak update apa2....
Bulan ni Bulan Merdeka... tapi diselubungi kesedihan kepulangan jenazah MH17.
Tragedi malang yang menyelubungi MAS dan Malaysia selepas beberapa bulan kehilangan MH370 yang tak tau apa khabarnya... bala apalah yang menimpa Malaysia.

Walaupun takde keluarga yang terlibat, tapi tetap rasa sedih. Apalagi keluarga mangsa... tak dapat digambarkan kesedihan mereka. Raya tahun ni pun sambutan sederhana saja...

Yang seronoknya tahun ni raya bertujuh sebab bertambah seorang putera baru hujung tahun lepas.
Lengkaplah sudah keluarga aku, kerana tiada lagi pertambahan cahayamata lagi lepas nih.... hihihi..
tutup kedai sudah.

Inilah keluarga lengkap aku. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.