Friday, November 28, 2008

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:

3 cawan Tepung gandum
1.5 cawan serbuk koko
1 sudu teh nescafe
2 sudu serbuk penaik
2 sudu soda bikarbonat
3.5 cawan gula pasir(dikisar halus)
6 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair ideal
2 cawan minyak masak
2 cawan air suam
1 sudu teh garam
Coklat masakan untuk topeng hiasan (kalau suka)

Cara-cara:

1. Ayak dulu tepung + koko + serbuk penaik + soda bikarbonat + nescafe dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur dan garam sampai betul-betul kembang.
3. Masukkan gula + pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan minyak + susu cair dan air suam. Pukul rata.
6. Masukkan adunan tepung yang diayak tadi, pukul hingga rata dan sebati.
7. Panaskan ketuhar/oven. Sediakan 2 loyang pembakar, lapik dengan kertas minyak dan sapukan sedikit minyak masak rata dalam loyang pembakar.
8. Masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar(bahagi kepada 2 loyang).
9. Bakar dalam ketuhar selama 1 jam.
10. Keluarkan dari loyang pembakar ke bekas kek yang sesuai semasa masih panas.
11. Cairkan coklat masakan dan sapukan topeng coklat di atas permukaan kek(jika suka).
12. Biarkan sejuk dan bolehlah dihidang untuk minum petang atau perayaan .

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment