Tuesday, November 25, 2008

Aku dan Hobi

Banyak-banyak hobi dalam dunia ni yang aku paling suka menjahit dan buat kuih.... walaupun aku kerja bidang IT(kononnya) .. tapi minat aku lebih kepada seni .. jahitan, sulaman, masakan... hal2 kreativiti perempuanla senang cakap.. Impian aku teringin nak bukak butik sendiri, kedai bakery, gedung tekstil, kedai kraft.. dengan jenama aku sendiri... tapi tu kan cuma angan2.. tapi mana tau kan satu hari impian tu boleh jadi kenyataan... seronoknya.. dengan ilmu IT aku, aku boleh pasarkan produk aku secara online... dan boleh buat sistem tempahan aku sendiri.. haiii... bilalah hari tu akan tiba agaknya...

Banyak2 baju yang aku pandai jahit setakat ni cuma baju kurung pesak peempuan jer... baju melayu lelaki pun dah lupa... lama tak buat... baju kebaya tak pernah belajar.. baju kebarung pulak, pernah try tapi tak sedap pakai... aku patut kena masuk kelas/ kursus jahitan dan fesyen dulu, baru boleh bukak butik.... hehehh.. bila tiba aku dah tak kerja lagi kat tempat Arab ni, bolehlah aku teruskan plan business aku tuh... sekarang ni mana ada masa.. lepas buat baju sendiri dan anak-anak pun dah kira baik, meringankan belanja raya suami aku... takyah tempah baju kurung..


Aku suka kumpul resepi dari majalah, internet, kawan-kawan, sedara-mara dan dari mak aku sendiri... memasak ni pun ikut mood jugak.. ada masa rasa malas nak masak.. tapi kalau tgh rajin, berjenis2 aku masak. Antara lauk pauk kegemaran aku adalah 'ikan pari bakar masak getik'... ini selera jawalah.. aku kan keturunan itu walaupun tak expert nak bercakap guna bahasanya. Yang penting aku paham. Dalam next topik nanti aku bagi resepinya. Kuih pulak, aku paling suka buat kek coklat... yang guna minyak tu, very moist dan sedap. Tapi tak sesuai untuk org yang diet ye shima.... hehheh. Resepinya nanti aku cerita dalam next topik. Kek batik biskut marie dan kek marble juga kek kesukaan aku.... aku suka yang coklat2.. sebab dimakan tak muak sangat cam kek2 lain. Nanti aku kongsikan resepinya...

1 comment: