Wednesday, June 30, 2010

Donut kentang cubaan pertama



Ini pulak rupa donut kentang cubaan pertama aku. Sedap dimakan panas2.. tapi saiznya terbesar sgt cam donut coklat kat kedai plak.... tapi kat umah aku, donut ni kurang sambutan la... tula malas nak mencuba resepi kalau yang minat makannya takde... huhuhu...

.

Apam tapai cubaan pertama



Yang ni pulak apam tapai nasi cubaan pertama aku... terlebih manis plak... dan kurang menjadi sebab kurang lama memerapnya... hahahha.. at least adela rupa apam... lain kali boleh cuba lagi.

.

Apam yis cubaan pertama



Inilah rupa apam yis pertama yang aku berjaya hasilkan minggu lepas. Comel jer guna acuan mangkuk kecik. Mamat sukalah makan apam nih. Boleh tahanlah jugak.. kira jadilah jugak cubaan pertamaku ini. Hoorey!!

.

Wednesday, June 9, 2010

Thursday, June 3, 2010

Aiskrim Coklat Mudah

(gambar hiasan)
Bahan-bahan

2 1/2 cawan coffeamate (tepung krimer)
250 ml susu segar
1/2 cawan gula pasir
*Perasa coklat (Emulco)
- Optional (Kalau tak suka coklat,boleh tukar ke perasa lain)

Cara-cara

>> Satukan coffeamate (tepung krimer), susu segar dan gula pasir. Pukul sekadar disebatikan.

>> Simpan dalam peti sejuk bahagian freezer selama 1 1/2.

>> Keluarkan dan letakkan *coklat emulco. Pukul lagi dengan kelajuan maksimum selama 10 minit atau sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.

>> Masukkan dalam peti sejuk bahagian freezer semula. Biarkan beku.

.

Aiskrim Simple

(gambar hiasan)
Bahan-Bahan:
1 kotak Coffemate
1 kotak besar susu UHT Dutch Lady

Cara:
1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk diatasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.
Tambahan:
Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, etc


Wednesday, June 2, 2010

Cara Berlauk



BAHAN-BAHAN


100g tepug gandum
200ml susu/santan + pewarna kuning
1 biji telur
garam

INTI:

50g udang hidup/daging cincang
1 ulas bawang merah
½ ulas bawang putih
1 camt rempah kari daging-jadikan pes
sehiris halia
1 camb minyak

HIASAN:

½ cili masak-dadu halus
1 helai daun bawang-mayang halus

CARA

1. Sediakan adunan tepung dengan mengadun telur,santan/susu cair,pewarna kuning dan garam.
2. Rehatkan sebentar.
3. Panaskan minyak,tumis bawang merah+bawang putih serta masukkan rempah kari,kacau hingga garing.
4. Masukkan daging,garam,gula,sesuaikan rasa.Masak hingga kering dan angkat.
5. Panaskan acuan atas dapur,lenserkan lemak,masukkan adunan tepung tadi dalam acuan.
6. Masukkan inti dan hiasan di atasnya.
7. Angkat apabila masak.

.

Tuesday, June 1, 2010

Kuih Kasuwi Mat Gebu

(gambar hiasan)
sumber: matgebu@myresepi.com

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

BAHAN A :
  1. 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  2. 240 g gula pasir
  3. 450 ml air
  4. 2 helai daun pandan, disiat dan dan simpul
BAHAN B:
  1. 190 g tepung gandum*
  2. 120 g tepung ubi*
  3. 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  4. 900 ml air
  5. 2 camca besar air abu (alkaline water)
  6. 3/4 camca besar air kapur
  7. 1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :
  1. 1 cawan kelapa parut putih
  2. Secubit garam
CARA-CARA:
  1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.


  2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.


  4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.


  5. KATA2 DARI MAT GEBU:-
    Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..
.

Pau Kari Ayam


sumber: junjs11@myresepi.com

Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )
  • 500gm tepung (jun guna tepung pau)
  • 50gm minyak/shortening
  • 6gm yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula (jun guna 80gm j)
  • 250gm air suam
  • Untuk inti kari ayam:-
  • @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
  • @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
  • @garam dan serbuk perasa
  • @2 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
  2. Tutup dengan cling film dan biar selama 10min. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
  3. Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
  4. Kukus selama 10min.
  5. Untuk inti:-
  6. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  7. Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
  8. Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.

Donut Gebu Tichersu



sumber: tichersu@myresepi.com

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar planta
  • 5 sudu besar susu tepung/cair
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, kentang dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sikit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.
Tak sabar nak cuba.

.

Apam Mekar Rossitamz

(gambar hiasan)
sumber: rossitamz@myresepi.com

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!
  12. Ovallate
    Inilah rupa "OVALLATE". Seakan2 mentega tapi berwarna oren dan jernih sedikit. Yang saya jumpa, dijual dlm transparent container cam dlm gambar ni (sorry cik mat, pinjam gambar ek...)
.

Resepi Kuih Lapis Malaysia


Sumber: tulip77@myresipi
.com

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
.

Apam Marmar


Apam Marmar
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong


.

Resepi Apam Eno



Bahan-bahan:

* 300g tepung beras
* 8-10 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar yeast
* 280-300ml air
* 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
* pewarna merah, hijau(yg nih zira guna 2 paket eno kaler biru tu..tak guna pewarna pun.buat satu kaler ja)

Cara-cara:

  1. Tepung dibancuh dgn air sdikit. kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. Bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. Sementera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. Bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam.
    (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)
sumber: zira fotopages. Thanks zira.

.

Lagi Resepi Apam Tapai

(gambar hiasan)

1 cwn tapai nasi
1 bungkus tepung beras cap teratai
1 cwn 1/2 gula
3 cwn 1/2 air
Campur semua, biarkan seketika

10 minit sebelum kukus,masukkan
ibu roti + 1 sudu teh eno
masukkan pewarna kalau nak warna.. aku biasa buat kaler putih dulu, pastu baru tambah kaler bila dah nak abis. acuan tu, kena sapukan dgn minyak masak sket.


.

Apam Tapai

(gambar hiasan)

Apam Tapai

Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )
1 mangkuk nasi
1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
2 mangkuk tpg beras
1 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 sudu teh eno

Cara-cara
-Tumbuk ragi hingga hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
-Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air. (guna blender)
-Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
-Peram bahan ini selama 5-6 jam ( 3 jam pn cukup)
-Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.

.
(gambar hiasan)

Apam Comel Inti Kelapa

Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tepung kek
220 gm gula halus
150 gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
2. Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
3. Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yang bersih).
5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
6. Masukkan inti kelapa.
7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Bahan Inti Kelapa:
Kelapa parut
Gula merah
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 1 sudu besar air
2 helai daun pandan - pintal

Cara Membuat Inti Kelapa:
1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
2. Untuk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.

Notes: Inti kelapa boleh di ganti dengan apa2 perisa filling atau jem.


.