Monday, July 19, 2010

Rendang sotong



Nyam..nyam teringin nak makan sotong laa..

RENDANG SOTONG

Bahan

500 gm sotong sederhana

1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara

1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sa
mpai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

sumber: http://hanieliza.fotopages.com



Singgang Sotong

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )
500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan gula
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah


Cara-cara

1.Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
2.Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
3.Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
4.Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
5.Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
6.Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

sumber : singgang sotong.
.

Sunday, July 18, 2010

Kombinasi Nama-nama pilihan



Siapa adik Ayu ?

Melalui scan test, nampaknya kali ni tak tau baby ni laki atau pun pompuan... jadi kenalah prepare dua2 nama... boy and girl...

Lelaki:

1. Muhammad Aidil Wafi
2. Muhammad Aidil Zafri
3. Muhammad Aidil Amsyar
4. Muhammad Aidil Azhar
5. Muhammad Aidil Azfar

Perempuan;

1. Nur Adelia Nashwa
2. Nur Layla Nashwa
3. Nur A'idah Nashwa
4. Raudatun Nashwa
5. Iliya Nashwa

Bersyukur atas segala pemberianNya.

.

Saturday, July 3, 2010

Cerita seram barat: In The Twillight Saga Eclipse



Barisan pelakon:

- Kristen Stewart sebagai Bella
- Robert Pattinson sebagai Edward
- Taylor Lautner sebagai Jacob

Sinopsis:

Sekali lagi Bella menemukan dirinya dikelilingi oleh bahaya di Seattle yang dilanda oleh serangkaian pembunuhan misteri dan kumpulan pontianak berbahaya yang terus kan pencariannya untuk membalas dendam. Di tengah semua itu, dia dipaksa untuk memilih antara Edward dan Jacob, di mana mereka mengetahui bahawa keputusannya mempunyai potensi untuk menghidupkan perjuangan antara pontianak dan 'werewolf'. Masa penentuan semakin hampir, Bella kini dihadapkan dengan keputusan paling penting dalam hidupnya.

(Bella once again finds herself surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of mysterious killing and a malicious vampire continues her quest of revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between Edward and Jacob knowing that her decision has the potential to ignite the struggle between vampire and werewolf. With her graduation quickly approaching, Bella is confronted with the most important decision of her life. )

.

Cerita Seram: Filem Mantra 18SG

Ini filem seram terbaru Malaysia, lakonan Zul Suphian, hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Bob Lokman dan ramai lagi. agi peminat filem genre seram, jangan lepaskan peluang menonton filem ini, antara yang menarik adalah filem pertama dan terakhir memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi sebelum ia dirobohkan.

Menurut pengarah filem MANTRA, Azhari Zain "Sel yang paling menyeramkan adalah sel yang terakhir menempatkan banduan yang akan menjalani hukuman mati dan bukan di bilik gantung. Semasa kami berada di sel tersebut, kami boleh mendengar rintihan dan tangisan banduan-banduan yang bakal dihadapkan dengan hukuman mati dan ini adalah sangat menyeramkan".

Seperti penggambaran-penggambaran filem seram yang lain, pastinya filem ini telah pun melalui pelbagai pengalaman yang mengerikan sewaktu ianya dibuat di dalam Penjara Pudu memandangkan penjara ini adalah penempatan bagi pesalah-pesalah seperti Botak Chin, Jimmy Chuah, Mona Fandey dan ramai lagi.


SINOPSIS

"Mantra", sebuah filem bergenre seram ini menceritakan Muzir (Zul Suhpian) yang dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitamnya serta keinginan untuk mendapatkan isteri Muzir sehingga mengakibatkan Muzir meringkuk dalam penjara seumur hidup. Dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal dijatuhi dengan hukuman mati. Disebabkan bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah suci Allah, maka Muzir tidak dapat melengkapkan ilmu hitamnya lantas mendapatkan pertolongan dari warden penjara iaitu Pak Long untuk memadamkan ayat dan kalimah suci Allah. Setelah ayat dan kalimah suci Allah berjaya dipadamkan, pelbagai peristiwa pelik berlaku akibat daripada perubahan ilmu hitam yang dituntut Muzir.

Lihat lebih banyak gambar filem di sini: Filem Mantra



.