Thursday, October 29, 2009

Ayat Pagar Diri

Sebenarnya banyak amalan pagar diri, yang mudah sekali "Bismillah Layadhurru" atau juga di panggil "Ayat Penggerak."

dari: http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah si pembaca daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

  • Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

..

Sihir... Sihir Pemisah / Pembenci (untuk Suami Isteri)

Antara sintom-sintom yang sering penulis diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.

CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH:

1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.

2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.

3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK SAKIT SIHIR PEMISAH ATAU SIHIR PEMBENCI:

(Pesakit hendaklah berjumpa utz yang menulis terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  1. Surah Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

  1. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selepas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  2. Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
(Untuk ayat seterusnya, perlu berjumpa dengan penulis dahulu).

...................................................................

Alkisahnya berkaitan adik sepupu aku yang kena sihir seorang bomoh jahat. Geram betul rasanya nak citer. Sabar2...

Nak salahkan dia 100% pun tak boleh sebab dia dah tak sedar, dipukau dek sihir bomoh jahat tu. Daripada bersuami dan ada 2 orang anak kecik, menjadi janda dan lari ikut bomoh itu. Anak ditinggalkan tanpa perhatian, membenci bekas suaminya sepenuh hati, membenci ibunya sendiri yang mengandungkan selama 9 bulan dan melahirkannya, membenci ayah yang menatangnya bagai minyak yang penuh,... dan sekarang ni sangat menyayangi bomoh jahat itu. Ya Allah dugaan apa yang kau beri pada pakcik aku?...

Cerita terbaru...
Semalam, pakcik aku membawa beberapa org anak buah utk tangkap anaknya yang dibawak lari bomoh tu, geram punya pasal memang dibelasahla bomoh tu. Sapa tahan kan.. dah lama pakcik aku simpan marah dia.

Adik sepupu aku ni pulak mengaku dah kahwin dgn bomoh tu dan sekarang tengah mengandung 5 bulan. Bila mintak bukti kahwin takde pulak. Katanya nikah kat Indon pulak, dokumen tgh proses tak siap lagi. Bila masa pulak dia pergi indon ntah... menipula tu... Hati aku berat mengatakan yang diorang tu belum nikah pun. Anak apalah yang dikandungnya tu?... anak luar nikah... nauzubillah... macamanalah seorang ustazah boleh menerima nasib sedemikian rupa. Bila dah kena sihir, sumer tak ingat... lupa sumer tanggungjawab, anak2, ibu bapak, kerja... yang diingat bomoh jahat tu jer...

Pakcik aku buat report dekat balai polis kampung, tapi tak ditahan dan bomoh tu dilepaskan sebab tak cukup bukti. Maka bomoh tu pergi balai polis shah alam dan buat report dipukul/ dibelasah. Akibatnya tgh malam tadi, sebaik balik dari bawak adik sepupu kau tu berubat di kemuning,... satu van polis datang dan menahan reman pakcik aku dan 3 anak lelakinya.
Tinggallah makcik aku seorang dengan 2 orang cucu yang cecil lagi di rumah... Di balai pulak, si anak ni pulak menuduh bapaknya yang salah dan menyebelahi bomoh jahat tu. Mesti bomoh tu dah tambah sihir pada adik sepupu aku ni... Ya-Allah, aku mohon kau hapuskanlah bomoh jahat tu dari muka bumi ni... amin.... dengarnya adik sepupu aku tu dah ikut jantan bomoh semula dari balai polis tu malam tadi jugak.... Ya-Allah, aku mohon kau hapuskanlah bomoh jahat tu dari muka bumi ni... amin. Ya-Allah lindungilah adik sepupu aku yang jahil itu....

Awal2 pagi tadi makcik aku call rumah mintak pertolongan abah untuk jamin pakcik aku kat balai polis shah alam. Bapak aku pun cemas dan terus bergegas contact sumer anak2 buah yang berkaitan semalam. Katanya pulak pakcik aku tak boleh dijamin sebab katanya kes ni serius... bapak aku pun buntu. Orang kampung ... susah polis bandar nak layan... polis pun tgk darjat jugak... tak kena batang hidung famili diorang...

Jalan akhir mintak tolong abang sepupu aku yang ada title dato'... kena guna darjat jugak bila berurusan dekat balai besar ni... orang tua tak dilayan. Konon perkhidmatan cekap... kentutlah... aku pun mmg dah lama tak respect polis... banyak makan suap... ntah2 dah kena tiup dgn bomoh tu.

Khabar terakhir yang aku dengar, abang mail dah ambik lawyer utk handle kes pakcik aku ni... haii yang jahat terlepas, famili pulak yang masuk lokap... menyusahkan orang tua sungguh. Geram betul rasanya... Ya- Allah laknatlah bomoh jahat itu, laknatlah bomoh jahat itu, laknatlah bomoh jahat itu... Amin.




.


Monday, October 12, 2009

Permata hatiku... Cqin, Muiz & Ayu

Aku dah start menjahit semula... banyak tudung nak disiapkan... sekurang2nya aku kena ada target jualan sebulan... kelakar rasanya camne boleh terlibat dengan bisnes ni... akibatnya dah berbulan aku tak balik rumah... sibuk dengan menjahit kat rumah mak... kesian anak2 aku... kurang perhatian ckit terutama si comel ayu..

Cqin.. dah besar dan agak memahami tentang kesibukan aku. Tapi dialah yang paling gembira dapat naik keter baru tiap pagi pegi sekolah. Tak lama lagi nak periksa hujung tahun ni, aku akan cuba spend time tuk ulangkaji pelajaran dia... kalau tak dia main jer.. tak ingat periksa langsung. Agak bijak tapi malas..

Muiz.. makin galak dia buat perangai sekarang... mungkin nakkan perhatian lebih. Tapi kadang2naklanya melampau2.. buat orang panas hati jer... keras kepala dan mudah merajuk. Hari2 kena marah dengan ayahnya... aku kena lebih banyak tiupkan Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif... dalam telinga dia masa tidur kot.. tapi dia pulak selalu stayup tengok kartun malam2, silap2 dia yang tiupkan Ya Latif kat telinga aku.... hihihi..


Ayu.. tak sangaka dah 8 bulan... sekelip mata dah besar... rasanya macam baru jer habis pantang... badan pun tak surut lagi, baby dah besar rupanya... sekejap betul masa berlalu... pantas betul masa berputar. Baju nya pun banyak yang dah ketat... nilah anak paling comel yanga aku pernah ada... abang dan kakaknya dulu slim bukan main... adiknya comel lote plak... ihiks... terkenan haziq la ni. Seronok ada anak2.. tapi kadang2 pening bila diorang buat sepah... akulah mak, akulah bibik, akulah mama...

..

Wednesday, October 7, 2009

Nasi Arab di Seksyen 7 Shah Alam



Hai... atas pujukan kak linda semalam untuk raya naik keter baru I, kitorang gi makna nasi arab kat seksyen 7 Shah Alam. First time ni nak makan nasik arab.. kebetulan pulak kawan kami Shu pulak nak buat suprise party tuk hubby dia... romantic gitu.. hihihi
romantic diorang ni..

Sebab aku bukan peggemar kambing , so cma cun suggestkan aku makna beriyani roasted chicken. Nilah rupanya, menarik tak. Boleh tahanla rasanya, sedap gak la , macam masam2 sikit camtu .. tapi nasik dia memang banyak... tahan kenyang sampai malam. Yang satu lagi tu beriyani kambing... orang yang suka, mmg sedap la..



Ini pulak air minumannya.. sumer buah-buahan campuran gitu... aku order Kasturi-Asam... yang merah tu air sue punya, Apple-Strawberry... class air-airnya... sedap jugak..


Ramai lagi yang join... antara yang lain ada sama geng2 kak Aiza, Nurul, Yda, Halimah, Nisa', Kamal, Ikhwan dan geng kamilah, Kak LInda, Cma and Suekaseh..





Lain kali kalau teringin boleh gi lagi... tapi lepas makan macam tak jejak bumi... ngantuk yang teramat.. agaknya sebab terlalu kenyang.


Tuesday, October 6, 2009

RESEPI KENTANG PUTAR EPPY



Bahan2:


2 kilo kentang USA
I tin creamy mushroom
1 ketul butter
1 ketul kiub ayam Knor
1.5 tin mushroom air masak
Sedikit serbuk lada hitam

Cara2:
  1. Kopek kentang dan rebus hingga empuk
  2. Putar menggunakan mixer kek sampai lumat... hihihi
  3. Untuk kuahnya, panaskan periuk.
  4. Cairkan butter.
  5. Tumiskan kiub dan lada hitam, then masukkan mushroom ke dalam periuk.
  6. Masukkan 1.5 tin air masak, sukat guna tin mushroom tadi...
  7. Masak sampai pekat dan agak sesuai.
  8. Tak perlu tambah perasa, sebab dah cukup rasa... :)
Selamat Mencuba!!

..