Monday, July 15, 2013

DIARI RAMADHAN 5, 14 Julai 2013

Harini nampaknya menu sahur dengan udang goreng kunyit. itu stok lauk yang tinggal dalam petia ais. Petang semalam berbuka kat kampung husband. Tupun dah dekat buka baru sampai sebab menyinggah beli KFC. Katanya anak2 dah jemu makan nasi ayam, tukar pulak makan fast food. Tapi harganya amatlah... mahal. Campur tolak lebih kurang RM100 jugaklah modal nak buka kat kampung nih dek gara-gara KFC. Aku order set combo C Family Feast + 1 set dinner combo B + 2 Cheesy wedges + 3 small mash potato.

Sahur pagi ni goreng udang biasa je. Goreng ayam ngan keropok. Yang lain menu biasa. Bersyukurlah aku kira isteri dan ibu yang rajin jugak... kalau malas, kesian suami ngan anak2 tak bersahur walaupun balik2 masak benda yang sama Bersyukurlah ada makanan. 






Pagi ni husband aku kata nak pegi pasar karat dekat Stadium Shah Alam. Tak laratla nak ikut. Lagi-lagi bawak si kecik yang suka meragam ni. Sambung tidur lagi best. :)

No comments:

Post a Comment