Thursday, July 11, 2013

DIARI RAMADHAN 2, 11 Julai 2013

Hari kedua puasa tiba. Pagi ni sedap sikit, ada kurma daging... boleh bangun lewat sikit. 4.30 baru bangun.. goreng nugget, buat sup telur juga.. dengan sambal tempe, tapi takde sayur pagi ni. Takde stok.. huhuhu. Hari-hari kena buat air panas berbeza untuk hubby, Cqin dan Muiz.

Horlicks untuk abang dan cqin. Milo untuk Muiz dan Nestum susu untuk diri sendiri. Kenalah gigih gak bangun pagi sebab banyak mulut yang nak disuap.. kang lapar suami dan anak-anak sekolah, kesian.

Menu sahur hari ini:








Hari-hari wajib ada sup sebab anak-anak suka makan nasi dengan sup. Tapi diri sendiri kena makan nasi tomato buka petang semalam yang tak jadi makan sebab rasa nak pitam semalam. Dah terlebih kenyang sebab makan kuih banyak sgt kot. Nasib baik ok lagi sebab simpan dlm peti ais, pagi kukus balik. Sedapla jugak. Alhamdulillah.



Harini cuti, tak kerja sebab nak ambik report card bebudak sekolah ni. Tetiba ayahnya pun malas gak nak kerja.. haii join cuti jugak. Sabau jerla. Takperlah sempat gak cuci baju kotor yang dah bertimbun. Pukul 11.00 pegi Pasaraya Segi , cari lauk pauk sikit-sikit untuk masak lauk sahur esok-esok. Udang sikit, sotong sikit, ayam sikit, daging sikit, sayur sikit, papadom, telur ngan keropok ikan.

No comments:

Post a Comment