Thursday, July 11, 2013

DIARI RAMADHAN 1, 10 Julai 2013

Penatnya harini.. bangun pukul 4.00 pagi. Masak lauk sahur simple2 je sebab itu je pun bahan masak yang ada. Menu pagi ni:
- Nasi putih
- Sup telur
- Nugget Ramly
- Bilis goreng kicap
- Ulam timun



Drive pegi keja masyaallah mengantuk giler. Alhamdulillah selesai sehari berpuasa. Apa pulak nak masak sahur malam ni? Nasib ada tapau kurma daging dari Bazaar Ramadhan. Takperla yang penting makan nasi.

Resepi share, sup telur simple kegemaran anak-anakku:

SUP TELUR

Air masak
1 kiub ayam knorr
3 biji telur
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula (kalau mahu)
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup

Cara-cara:

1. Renehkan air setengah periuk kecil
2. Masukkan kiub ayam knorr, kacau hingga sebati.
3. Masukkan garam dan gula, kacau sebati.
4. Apabila mendidih,masukkan bawang goreng dan kecilkan api.
5. Pecahkan telur ke dalam sup satu demi satu.. tutup dan biarkan seketika hingga telur masak.
6. Apabila mendidih, masukkan sedikit daun sup dan bawang goreng secukupnya.
7. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment