Thursday, July 11, 2013

DIARI RAMADHAN 3, 12 Julai 2013

Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga puasa. Pagi ni masak sahur kari daging. Masak malam tadi sebenarnya. Pagini taknak nugget lagi, tukar ayam goreng pulak. Boringla kalau hari-hari makan benda yang sama. Buka semalam makan fries ngan nugget, ada kuih tepung pelita dengan popia goreng. Tapi buka puasa ni kalau minum air ngan makan kurma pun dah kenyang. My hubby beli air kelapa muda. So tambah jerla satu lagi jenis air, air milo ais. Daripada beli milo ais dah cair, baik buat sendiri. Lagi rasa milo, lagi sedap. Lagi berkat jugak sebab kita buat sendiri.

Menu sahur harini, masih daging jugak, cuma kari je dan bezanya masak sendiri. Kari gulai la kot, sebab tak cukup bahan nak masak tu.. tapi sedap la jugak. Selera je lakiku makan.  Konon belajar2 nak goreng papadom yang bulat tu. Tapi masih tak lulus lagi. Agak garing sangat. Takpa, nanti boleh cuba lagi. Bangun pagi sama cam semalam kol 4.30 jugak. Panaskan je nasi, kari dan sup. Goreng ayam dan potong timun saja. Hidang sekali dengan papadom garing dan kurma.








Dari zaman universiti lagi, aku suka makan kurma ni dengan kuah-kuah lemak untuk sahur, tak kiralah kari ke, masak kurma ke, lemak kuning ke... rasa dapat tambahkan selera untuk sahur. Selera tekak aku la. Harini rasa nak share resepi gulai kari daging simple aku:-

GULAI KARI DAGING

Daging sekilo
Sebiji bawang besar
4 biji bawang putih
1-2 batang serai
Dua sudu rempah kari Babas
Secawan air kosong
Secawan susu cair
Sebatang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Daun kari secukupnya
1/2 kiub ayam knorr
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

CARA-CARA:
--------------------
1. Rebus daging hingga empuk dengan sesudu garam (gunakan api yang kecil dan air secukupnya)
2. Potong bawang besar dan bawang putih, ketukkan sebatang dua serai.
3. Tumiskan bawang, serai, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.(Kalau ada halia boleh letak sekali)
4. Masukkan rempah kari, tumiskan dan tambahkan secawan air untuk sebatikan rempah kari.
5. Masukkan kiub ayam knorr untuk menambah rasa. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
7. Masukkan daging yang sudah direbus empuk bersama sedikit air rebusannya.
8. Apabila agak mendidih, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga masak.
9. Sedia untuk dihidang.






No comments:

Post a Comment