Allah S.W.T sememangnya menjadikan lelaki itu lebih tinggi egonya daripada perempuan. Maka sebagai isteri kita harus menerima hakikat bahawa suami itu, baik atau tidak, dia tetap ketua keluarga. Jadi bagi menangani suami yang ego ini adalah dengan menambat egonya.
Bagaimana menambat Ego suami?
Bagi suami yang ego kita perlu tambat hatinya iaitu dengan puji-pujian, mengiakan/ikutkan kemahuannya. Jika dia kata dia kuat, kita katakan ya dia memang kuat. Kalau dia kata dia berkuasa, katakan ya dia memang berkuasa. Kalau dia kata dia hebat, katakan ya dia memang hebat. Kita tidak boleh lawan dia, sebab kita takkan menang. Kalau kita lawan, kita akan kalah dan ia akan semakin melemahkan kita. Kalau kita berjaya menambat egonya, itu bererti kemenangan dan itu manambahkan kekuatan kita. Jadi tambatlah ego suami dengan kelembutan isteri, untuk rumahtangga yang sejahtera dan bahagia. Mudah-mudahan.
Tips oleh:
Prof. Dr Muhaya Mohamad
.
Info yang baik. Akan tetapi kalau isteri juga ego bagaimana ye?
ReplyDeleteInfo yang baik. Akan tetapi kalau isteri juga ego bagaimana ye?
ReplyDelete