Monday, March 21, 2011

Info Sihat Wanita: Apakah Waktu Subur?

Waktu subur ialah waktu ovum dikeluarkan dari kilang telur atau ovari wanita. Proses ini dinamakan ovulasi. Setelah ovulasi berlaku, struktur jejari salur Fallopio dikatakan akan mengaut masuk ovum tadi ke dalam saluran supaya ovum boleh bertemu dengan sperma untuk proses persenyawaan. Ovum akan hidup selama 24 jam.

Oleh itu pasangan yang inginkan anak, digalakkan 'bersama' pada hari ovulasi berlaku. Terdapat beberapa petanda/petunjuk untuk untuk menentukan waktu ovulasi seseorang wanita iaitu:

  1. Perubahan suhu badan
    (Basal Body Temperature-BBT)
    Cara pertama mencatat BBT adalah dengan mengambil bacaan suhu badan pada awal waktu pagi. Adalah mudah menggunakan jangka suhu digital untuk tujuan ini. Ukuran hendaklah dibuat sebaik sahaja bangun tidur, sebelum memberus gigi/berkumur dan sebelum bersarapan.

    Apabila ovulasi berlaku, suhu badan anda akan melonjak ke paras 36.7 darjah C atau lebih dari itu dan tidak turun lagi - Inilah dikatakan sebagai "petanda waktu subur". Ini adalah hari yang sesuai untuk mendapatkan bayi.

    Hari ovulasi akan berubah-ubah dari satu bulan ke satu bulan yang lain mengikut kitaran haid. Catatan BBT tidak akan tepat jika wanita mengalami demam, tidak cukup tidur atau mengalamai penyakit. Catatan BBT tidak tepat 100% untuk semua wanita. Mungkin ada yang mengalami ovulasi, tetapi suhu badan tidak melonjak. Terdapat wanita yang kurang subur iaitu ovulasi tidak berlaku, maka BBT menunjukkan suhu yang rendah setiap pagi. Kes-kes begini perlu dirujuk pada pakar sakit puan berdekatan.

  2. Pemeriksaan bendalir pangkal rahim
    Apabila wanita itu subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah. Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan jernih tanpa warna. Setelah ovulasi selesai, bendalir serviks semakin pekat, kental dan berwarna keputihan dan kuantitinya berkurangan.

  3. Pemeriksaan posisi pangkal rahim
    Seseorang wanita boleh memeriksa dan boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut. Jika anda kekok, jangan teruskan cara ini.

  4. Pemeriksaan dengan menggunakan alat 'Clear Plan'
    Alat ini digunakan untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan kesuburan. Clear plan dijual sebagai 'urine stick' iaitu satu keping clear plan digunakan untuk menguji air kencing pada setiap pagi.Alat ini menguji tahap hormon LH dalam air kencing anda.

    Ovulasi selalunya berlaku selepas 36 jam. Oleh itu apabila ujian menunjukkan keputusan positif, ini bererti kenaikan hormon LH telah berlaku dan ovulasi dianggarkan akan terjadi pada 36 jam kemudian.

    Penggunaan kaedah ini boleh terjejas/tidak tepat jika wanita sedang menysukan bayi atau wanita itu mengalami penyakit organ hati atau ginjal atau mengalami sakit ovari.

    .

No comments:

Post a Comment