Pemakanan Sebelum Hamil
a. Asid Folik
Salah satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD)
seperti spina bifida pada bayi sebelum lahir.
Salah satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD)
seperti spina bifida pada bayi sebelum lahir.
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, disarankan agar meningkatkan pengambilan asid folik harian kepada 0.6 mg dengan tambahan 0.4 mg sebelum hamil ketika 12 minggu awal kehamilan.
Inuilah waktunya organ dan sistem badan bayi terbentuk. Dapatkan nasihat doktor jika anda ada mengambil sebarang ubat untuk sebarang penyakit atau alahan.
b. Zat besi
Zat besi penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Wanita hamil memerlukan zat besi yang lebih banyak kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutamanya pada dua trimester terakhir.
Selain dari sumber makanan semulajadi seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe, wanita boleh mendapatkan bahan ini melalui vitamin tambahan.
c. Kalsium
Zat ini boleh didapati dari sumber susu, hasil tenusu, marjerin, keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh bakal ibu untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi.
Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu kehamilan terutamanya pada trimester ketiga.
Kalsium juga berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil.
d. DHA
DHA memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.
Sumber vitamin ini boleh diberikan melalui 3 cara iaitu:
- Vitamin tambahan ketika hamil
- Sewaktu menyusu badan
- Susu formula bayi yang diperkaya dengan DHA dalam bentuk Omega 3, 6 dan 9.
RISIKO KURANG ASID FOLIK DAN ZAT BESI
- Bayi kurang berat
Bila tahap hb rendah, kapasiti darah untuk bekalkan oksigen pada anak akan berkurangan. Secara tak langsung, tumbesaran anak dalam rahim akan terencat. Bayi akan dilahirkan dengan berat di bawah 2.5 kg walaupun sudah cukup bulan. (sama cam kes i.... uhuks) - Ibu lebih letih
Tahap hb rendah boleh menyebabkan ibu mendapat gejala letih lesu, tumpah darah sewaktu hamil, pitam dan kegagalan fungsi jantung kerana jantung tetap mengepam dengan pantas walaupun bekalan oksigen kurang.
Wanita yang merancang untuk hamil juga perlu peka pada beberapa faktor lain termasuk:
- Faktor Usia
Usia yang paling ideal untuk seseorang wanita itu hamil adalah dalam lingkungan 20 - 35 tahun. Jika terlalu muda(belasan tahun), mungkin dia tidak bersedia dari segi fizikal, mental dan material. Pada usia ini, hormon-hormon dalam badan wanita baru hendak matang dan kitaran haid baru hendak stabil.
Risiko ketidaknormalan kromosom yang tidak cukup matang, boleh menyebabkan kelahiran bayi sindrom down di kalangan wanita terlalu muda.
Sementara itu, bagi wanita yang hamil dalam usia terlalu tua melebihi 35 tahun ke atas, turut mengundang pelbagai masalah dan risiko. Usia tua menunjukkan ketidaknormalan pada telur yang dikeluarkan. Penyakit darah tinggi dan kencing manis pun lebih kerap berlaku di kalangan wanita berusia. - Jarak kehamilan
Cubalah merancang kehamilan supaya setiap kelahiran anak mempunyai jarak yang ideal. Sekiranya anda sedang menggunakan kaedah perancangan seperti pil, suntikan, alat dalam rahim atau implanon, anda perlu menunggu sehingga 3-6 bulan(selepas menghentikan perancangan) sebelum merancang untuk hamil lagi.
.
No comments:
Post a Comment