Monday, January 3, 2011

Resepi: Makaroni Goreng Creamy



Bahan2:
  1. 1 paket makaroni San Remo(bentuk C)
  2. 250 gm butter
  3. 0.5 - 1 kg udang (buang kulit)
  4. 1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
  5. 1 botol Sos tradisional Prego
  6. 1 tin cendawan butang (potong kecil2)
  7. 1 tin sos cendawan
  8. 1 kiub ayam knorr
  9. 2 labu bawang besar (dimayang)
  10. 4 biji bawang putih (dimayang halus)
  11. 1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sgt)
  12. Garam dan gula secukup rasa
  13. Sedikit minyak zaiton

Cara masak:
  1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos.
  2. Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.
  3. Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan.
  4. Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.
  7. Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)
  8. Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak2 juga.
*Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. Juga boleh tambahkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas.

Selamat mencuba!
.

No comments:

Post a Comment