Wednesday, December 21, 2011

RESEPI: Nasi Goreng Kerabu


(gambar hiasan)

Bahan A
  1. 2 cwn nasi putih
  2. 1/2 cwn udang basah(buang kulit)
  3. 1/2 cwn isi ayam dihiris nipis
  4. 2 biji telur (dipukul)
  5. 5 biji cili merah (ditumbuk halus)
  6. 5 biji bwg merah (dihiris halus)
  7. 1 sudu makan minyak masak
  8. 1/2 sudu teh garam
  9. 1 sudu teh gula pasir

Bahan B(Dihiris)
  1. Sedikit lobak merah
  2. 1/2 labu bwg besar
  3. 3 biji cili api
  4. 1/2 sudu teh bunga kantan
  5. 2 sudu makan kubis
  6. 1/2 sudu teh serai
CARA MEMBUAT
  1. Satukan bahan B, perap selama 10 minit
  2. Panaskan minyak & tumiskan cili merah, bawang merah, udang dan isi ayam.
  3. Biarkan 2 minit, masukkan telur dan kacau.
  4. Masukkan nasi serta garam dan gula. Gaul rata dan taburkan bahan B.
  5. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.
* Taburkan daun bwg & bawang goreng untuk hiasan.

.

No comments:

Post a Comment