Tuesday, August 2, 2011

Rendang Ayam Kampung Baru


BAHAN-BAHAN:

  1. 1 ekor ayam
  2. 10 ulas bawang merah
  3. 4 ulas bawang putih
  4. 15 biji cili api
  5. 15 tangkai cili kering dikisar
  6. 1 inci halia dikisar
  7. 1 inci lengkuas dikisar
  8. 1/2 inci kunyit hidup dikisar
  9. 2 batang serai dititik
  10. 2 helai daun kunyit dihiris halus
  11. 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  12. 4 cawan santan pekat
  13. 4 sudu besar kerisik
  14. Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:

  1. Satukan ayam, bahan kisar dan serai, perap selama 1 jam.
  2. Masukkan ayam dalam kuali. Tambah santan dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. Tambah perasa dan gula jika suka.
  4. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat.
    Sedia dihidang... yummy.

1 comment:

  1. ini ko yg masak ker gambo hiasan jer...cantik pinggan....

    ReplyDelete