Thursday, October 29, 2009

Sihir... Sihir Pemisah / Pembenci (untuk Suami Isteri)

Antara sintom-sintom yang sering penulis diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.

CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH:

1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.

2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.

3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK SAKIT SIHIR PEMISAH ATAU SIHIR PEMBENCI:

(Pesakit hendaklah berjumpa utz yang menulis terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  1. Surah Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

  1. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selepas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  2. Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
(Untuk ayat seterusnya, perlu berjumpa dengan penulis dahulu).

...................................................................

Alkisahnya berkaitan adik sepupu aku yang kena sihir seorang bomoh jahat. Geram betul rasanya nak citer. Sabar2...

Nak salahkan dia 100% pun tak boleh sebab dia dah tak sedar, dipukau dek sihir bomoh jahat tu. Daripada bersuami dan ada 2 orang anak kecik, menjadi janda dan lari ikut bomoh itu. Anak ditinggalkan tanpa perhatian, membenci bekas suaminya sepenuh hati, membenci ibunya sendiri yang mengandungkan selama 9 bulan dan melahirkannya, membenci ayah yang menatangnya bagai minyak yang penuh,... dan sekarang ni sangat menyayangi bomoh jahat itu. Ya Allah dugaan apa yang kau beri pada pakcik aku?...

Cerita terbaru...
Semalam, pakcik aku membawa beberapa org anak buah utk tangkap anaknya yang dibawak lari bomoh tu, geram punya pasal memang dibelasahla bomoh tu. Sapa tahan kan.. dah lama pakcik aku simpan marah dia.

Adik sepupu aku ni pulak mengaku dah kahwin dgn bomoh tu dan sekarang tengah mengandung 5 bulan. Bila mintak bukti kahwin takde pulak. Katanya nikah kat Indon pulak, dokumen tgh proses tak siap lagi. Bila masa pulak dia pergi indon ntah... menipula tu... Hati aku berat mengatakan yang diorang tu belum nikah pun. Anak apalah yang dikandungnya tu?... anak luar nikah... nauzubillah... macamanalah seorang ustazah boleh menerima nasib sedemikian rupa. Bila dah kena sihir, sumer tak ingat... lupa sumer tanggungjawab, anak2, ibu bapak, kerja... yang diingat bomoh jahat tu jer...

Pakcik aku buat report dekat balai polis kampung, tapi tak ditahan dan bomoh tu dilepaskan sebab tak cukup bukti. Maka bomoh tu pergi balai polis shah alam dan buat report dipukul/ dibelasah. Akibatnya tgh malam tadi, sebaik balik dari bawak adik sepupu kau tu berubat di kemuning,... satu van polis datang dan menahan reman pakcik aku dan 3 anak lelakinya.
Tinggallah makcik aku seorang dengan 2 orang cucu yang cecil lagi di rumah... Di balai pulak, si anak ni pulak menuduh bapaknya yang salah dan menyebelahi bomoh jahat tu. Mesti bomoh tu dah tambah sihir pada adik sepupu aku ni... Ya-Allah, aku mohon kau hapuskanlah bomoh jahat tu dari muka bumi ni... amin.... dengarnya adik sepupu aku tu dah ikut jantan bomoh semula dari balai polis tu malam tadi jugak.... Ya-Allah, aku mohon kau hapuskanlah bomoh jahat tu dari muka bumi ni... amin. Ya-Allah lindungilah adik sepupu aku yang jahil itu....

Awal2 pagi tadi makcik aku call rumah mintak pertolongan abah untuk jamin pakcik aku kat balai polis shah alam. Bapak aku pun cemas dan terus bergegas contact sumer anak2 buah yang berkaitan semalam. Katanya pulak pakcik aku tak boleh dijamin sebab katanya kes ni serius... bapak aku pun buntu. Orang kampung ... susah polis bandar nak layan... polis pun tgk darjat jugak... tak kena batang hidung famili diorang...

Jalan akhir mintak tolong abang sepupu aku yang ada title dato'... kena guna darjat jugak bila berurusan dekat balai besar ni... orang tua tak dilayan. Konon perkhidmatan cekap... kentutlah... aku pun mmg dah lama tak respect polis... banyak makan suap... ntah2 dah kena tiup dgn bomoh tu.

Khabar terakhir yang aku dengar, abang mail dah ambik lawyer utk handle kes pakcik aku ni... haii yang jahat terlepas, famili pulak yang masuk lokap... menyusahkan orang tua sungguh. Geram betul rasanya... Ya- Allah laknatlah bomoh jahat itu, laknatlah bomoh jahat itu, laknatlah bomoh jahat itu... Amin.




.


3 comments:

  1. kesiannye.... sakitnye atiiiiii kenapa r ade manusia yg zalim!!!

    ReplyDelete
  2. Aku sekarang menghadapi perkara yang sama. Suami aku membenci aku sangat. Sampai x amik tau lgsg aku hal aku ni. Aku ngan hubby x tinggal serumah. Dia di terengganu n aku di kl. suami aku mi duda. Sebenarnye susah aku nak percaya yg susmi aku dah disihirkan oleh jandanye. Tp setiap tempat yg aku pergu berubat mengatakan benda yg sama. Skg ni hubby aku lgsg benci n xde perasaan lgsg kat aku. Dia lgsung x contact aku. Hr tu blk raya pun asyk gaduh aje sebb benda2 yg x patut gaduh pun. 1 lg dia lgsg x mau bersama.... Hmmm. Aku skg ni x tau mcm mana nak bawak dia pergi berubat. Aku nak gi blk terengganu aku tkt dia ceraikan aku. Nak tggu dia balik nyah bila. Ape yg aku blh buat skg berdoa pada allah semoga Allah bukak hatinye utk blk ke rumah aku n senang aku nak bwk dia berubat.

    ReplyDelete
  3. anak yang dikandung itu tidak bersalah. wanita ini masih suci.teraniaya.pengikut syaithan itu akn terima balasan dasyat.Islam itu adil.bomoh seperti ini dihukum seperti apa dizaman sahabat dan tabiien. bahkan ada yang dihukum bunuh.salah seorang ummu mukminin kita pernah perintahkan hukuman kepada tukang sihir.

    ReplyDelete