Saturday, July 3, 2010

Cerita Seram: Filem Mantra 18SG

Ini filem seram terbaru Malaysia, lakonan Zul Suphian, hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Bob Lokman dan ramai lagi. agi peminat filem genre seram, jangan lepaskan peluang menonton filem ini, antara yang menarik adalah filem pertama dan terakhir memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi sebelum ia dirobohkan.

Menurut pengarah filem MANTRA, Azhari Zain "Sel yang paling menyeramkan adalah sel yang terakhir menempatkan banduan yang akan menjalani hukuman mati dan bukan di bilik gantung. Semasa kami berada di sel tersebut, kami boleh mendengar rintihan dan tangisan banduan-banduan yang bakal dihadapkan dengan hukuman mati dan ini adalah sangat menyeramkan".

Seperti penggambaran-penggambaran filem seram yang lain, pastinya filem ini telah pun melalui pelbagai pengalaman yang mengerikan sewaktu ianya dibuat di dalam Penjara Pudu memandangkan penjara ini adalah penempatan bagi pesalah-pesalah seperti Botak Chin, Jimmy Chuah, Mona Fandey dan ramai lagi.


SINOPSIS

"Mantra", sebuah filem bergenre seram ini menceritakan Muzir (Zul Suhpian) yang dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitamnya serta keinginan untuk mendapatkan isteri Muzir sehingga mengakibatkan Muzir meringkuk dalam penjara seumur hidup. Dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal dijatuhi dengan hukuman mati. Disebabkan bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah suci Allah, maka Muzir tidak dapat melengkapkan ilmu hitamnya lantas mendapatkan pertolongan dari warden penjara iaitu Pak Long untuk memadamkan ayat dan kalimah suci Allah. Setelah ayat dan kalimah suci Allah berjaya dipadamkan, pelbagai peristiwa pelik berlaku akibat daripada perubahan ilmu hitam yang dituntut Muzir.

Lihat lebih banyak gambar filem di sini: Filem Mantra



.

No comments:

Post a Comment