Wednesday, March 17, 2010

Korean Drama: Dal Ja's Spring



Akhirnya tamat sudah cerita Drama Korea,Dal Ja's Spring. Sweet gak endingnya, tapi agak rushing la. Citer Korea selalu camni. Tapi aku suka ending citer ni... happy ending.



Drama ni mengisahkan seorang gadis bernama Dalja, berumur 33 tahun yang ingin memburu cinta lakonan Chae Rim.
Pada mulanya dia telah jatuh cinta pada bosnya yang bernama Mr.Eom Gi Joong lakonan Lee Hyun Woo. Tetapi pada masa yang sama dia juga telah menggaji seorang pemuda bernama Taebong lakonan Lee Min Ki untuk berlakon sebagai teman lelakinya. Dia telah berjaya meluahkan isi hatinya kepada Mr. Eom dengan bantuan teman baiknya Sedo lakonan Gong Hyung Jin. Namun setelah Mr. Eom memberi respon padanya, dia telah mula jatuh hati pada Taebong yang dianggap 'spare tyre'nya itu. Taebong juga telah jatuh cinta pada Dalja, dan tinggal menyewa bilik di rumah Dalja. Sejak itu hubungan mereka semakin intim dan hubungan mereka akhirnya diketahui oleh keluarga kedua2 belah pihak. Hubungan mereka pada awalnya mendapat tentangan dari ibu masing2.

Ironiknya cerita ini, ada kemelut hubungan silam antara ibu Dalja dan bapa Taebong, di mana ibu Dalja adalah bekas kekasih bapa Taebong suatu masa dulu. Ibu Dalja telah meninggalkan bapa Taebong dan berkahwin dengan bapa Dalja. Bapa Taebong yang kecewa ditinggalkan kekasih pula berkahwin dengan ibu Taebong walaupun tidak menyintainya. Taebong menjadi mangsa keadaan kerana terpaksa mengikuti segala kemahuan ibu Taebong untuk menjaga hati ibunya yang tidak dipedulikan oleh suaminya sejak mula berkahwin lagi. Tekanan itu akhirnya menyebabkan Taebong lari dari rumah dan kerjayanya di sebuah firma guaman terkenal untuk mendalami ilmu masakan. Taebong juga pernah bekerja di restoran ibu Dalja sebagai pelayan untuk belajar ilmu masakan dari ibu Dalja.

Pelbagai rintangan yang mereka lalui untuk bercinta. Dalja merasakan sepi tanpa teman lelaki, tetapi bila memilikinya dia rasakan sukar dan penat untuk meneruskan. Di persimpangan percintaan mereka, Dalja menjadi bingung samada ingin meneruskan berkahwin atau kekal sendirian sebelum dia semakin tua. Dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Taebong dan melanjutkan pelajarannya ke USA atas tajaan syarikatnya selama 2 tahun. Namun dalam tempoh itu Taebong setia menantinya.

Sekembalinya dari USA, banyak perubahan yang berlaku. Dalja telah dinaikkan pangkat sebagai MD Manager. Taebong pula berjaya menjadi seorang tukang masak dan membuka restorannya sendiri. Mereka kembali bertemu dan menyambung percintaan mereka, berkahwin dan bahagia selamanya. macam cerita dongeng.


1 comment: