Sunday, August 24, 2014

Bulan Merdeka... Bulan Syawal.. Bulan Kesedihan

Lama tak update apa2....
Bulan ni Bulan Merdeka... tapi diselubungi kesedihan kepulangan jenazah MH17.
Tragedi malang yang menyelubungi MAS dan Malaysia selepas beberapa bulan kehilangan MH370 yang tak tau apa khabarnya... bala apalah yang menimpa Malaysia.

Walaupun takde keluarga yang terlibat, tapi tetap rasa sedih. Apalagi keluarga mangsa... tak dapat digambarkan kesedihan mereka. Raya tahun ni pun sambutan sederhana saja...

Yang seronoknya tahun ni raya bertujuh sebab bertambah seorang putera baru hujung tahun lepas.
Lengkaplah sudah keluarga aku, kerana tiada lagi pertambahan cahayamata lagi lepas nih.... hihihi..
tutup kedai sudah.

Inilah keluarga lengkap aku. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Wednesday, January 22, 2014

Royal Slim Lishuo Magic

Apa itu Royal Slim Lishuo Magic (RSLM) ?
Aku pun baru tau semalam..  Royal Slim Lishuo Magic adalah merupakan penemuan saintifik saintis tentang formula terbaru untuk menurunkan berat badan secara semulajadi, 100% selamat kerana bahan-bahannya terdiri daripada 100% Natural Herbs Ingredient.


**Kesemua elemen di atas mempunyai fungsi pelangsing dan membakar lemak.

RSLM mempunyai komposisi bahan yang sangat sempurna dan tidak memiliki unsur-unsur zat kimia yang memberi kesan sampingan kepada pengguna. RSLM juga dapat mengaktifkan sel-sel dalam tubuh untuk membantu menghilangkan pengumpulan toksin yang ada di dalam badan selama ini.

Ia juga TIADA kesan sampingan, cirit birit dan alahan.

KENAPA PERLU MENGAMBIL PRODUK RSLM?

  • menjadi kenyang 8 jam
  • pengambilan yang teratur
  • hari pertama berat dah turun
  • membuang toksin
  • melicinkan kulit
  • membaiki hormon
  • mengecutkan jerawat
  • memudarkan jeragat
  • memutihkan kulit
  • baik untuk orang kencing manis
  • sesuai untuk orang darah tinggi
**PERINGATAN: Produk ini ada collagen, elakkan pengambilan minuman berkafein untuk kesan yang lebih efektif.

Ini adalah salah satu cara kuruskan badan yang sihat tanpa perlu pergi ke gym, bersenam dan menahan nafsu makan. Tetapi kesan adalah berbeza pada setiap individu.


Cara pemakanan yang disarankan:
  • 1 sachet dicampurkan dengan 200-250 ml air sejuk/biasa. Jangan guna air suam/panas.
  • Banyak minum air masak, sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
  • Berhenti mengambil minuman berkafein


5 SYARAT UTAMA KETIKA AMALKAN RSLM seperti Siti Sarah Raisuddin



Thursday, January 16, 2014

Resepi Donat Manis



Bahan-bahan:

  • 500gm tepung gandum
  • 5 senduk kecil minyak masak(dipanaskan)
  • 1 biji telur ayam 
  • 2 sudu besar gula/ susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 pack serbuk yis kering
  • 1/2 mug air suam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor untuk menyira donat

Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak masak hingga mendidih
  • Masukkan satu sudu demi satu sudu ke dalam tepung dan gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti.
  • Campurkan air suam + gula/susu + garam + serbuk yis kering. Gaulkan dan biarkan kembang.
  • Pecahkan telur dan kacaukan. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung. Gaul rata telur dengan adunan tepung.
  • Masukkan bancuhan air suam dan yis kering ke adunan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli tepung hingga menjadi doh.
  • Biarkan doh seketika. Acu atau bentukkan seperti roda dan susun di dalam dulang yang kering.
  • Panaskan minyak masak untuk menggoreng. Pastikan api sederhana untuk menggoreng donat yang cantik. Angkat setelah masak kekuningan dan sira dengan gula kastor atau hias dengan coklat untuk kanak2.
* Mug yang digunakan 
* senduk minyak yang digunakan

* Rupa doh donat seperti ini





Wednesday, January 15, 2014

Resepi Char Kuey teow


  • 200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang 
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur

  • 4 sudu besar paste char kuey teow

  • Cara memasaknya;
    -------------------------
    1.Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali
    2.Masukkan 2 ekor udang
    3.Setelah udang agak masak, masukkan cili kisar (secukup rasa)
    4.Masukkan koey teow (120gm), tauge, kuchai dan kerang
    5.Kemudian gaul sebati bahan2 tersebut
    6.Masukkan Kicap CKT (60ml)
    7.Kemudian masukkan 1 biji telur ayam.
    8.Setelah telur separuh masak, gaul sekejap, tutup api. Angkat sebelum kicap kering.
    9.SEDIA UNTUK HIDANGAN-(SEORANG)



    Resepi: Paste Sos Char Kuey Teow



    Bahan Paste

    • 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! ) 
    • 250 ml air
    • 4 ulas bawang putih di ketuk-ada yg suggest mesin/tumbuk lumat
    • 6 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu kecil kicap pekat - tak der so cikgu tambahkan sukatan kicap manis
    • 3 sudu besar kicap manis
    • 1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– cikgu guna kiub pati ikan bilis sbb petis tak der
    • 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
    • 1 sudu makan gula-cikgu sesuaikan dengan sedap mulut. 
    Cara penyediaan untuk paste
    1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
    2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
    3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
    4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.