Aku mula mendirikan rumahtangga pada tahun 2002. Tarikh aku diijabkabulkan 1 Mac 2002 bersamaan hari Jumaat. Zaman tu aku agak kolot sikit... hantaran kahwin pun masih rendah lagi. Waktu tu takde pun kamera digital berleluasa macam sekarang ni... jadi gambar kahwin aku pun kurang cantik dibandingkan gambar2 kawin zaman sekarang ni. tapi alhamdulillah dah masuk 7 tahun aku mendirikan rumahtangga... cahayamata nak masuk 3 orang. Yang sulung dah nak darjah satu tahun depan. Cepat betul masa berlalu. Kini aku dah jadi ibu dan bakal melahirkan anak ketiga tak lama lagi.
Walaupun kerja biasa-biasa jer, tapi hidup kami happy. Aku boleh beli apa yang aku nak, dan boleh adakan apa yang anak aku teringin. Kami pun ada spend sikit duit untuk jalan-jalan at least setahun sekali.. Hajat di hati nak tour satu Malaysia... setahun satu negeri... tapi baru dapat sikit jer... Langkawi, Tambun, KL, Melaka, Negeri Sembilan. Ada rezeki nanti bolehla tambah lagi koleksi jalan-jalan kami. Spend time dengan famili lebih seronok dari spend time kat ofis... mengadap pc... release sikit stress kerja.
No comments:
Post a Comment