Sunday, November 30, 2008

Resepi Kek Marble Emak


Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
1 cawan planta
1 cawan gula pasir(blenda dulu)
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
serbuk koko

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Pukul planta dan gula hingga benar2 kembang.
3. Masukkan telur satu-persatu dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
4. Masukkan esen vanila dan pukul rata.
5. Masukkan tepung dan pukul rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ketepikan satu bahagian.
7. Masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit dan pukul rata hingga adunan menjadi coklat. (Ikut suka nak coklat macamana)
8. Panaskan oven dahulu. Sediakan loyang pembakar.
9. Lapikkan loyang dengan kertas minyak. Sapukan sedikit planta pada lapik kertas dan didinng loyang(rata).
10. Gunakan senduk sama saiz untuk kedua-dua adunan.
11. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli. (Mula di bahagian tengah, kerana adunan akan melebar sendiri ke tepi.) Ulang2 hingga habis.
12. Hentakkan loyang sedikit ke lantai/ meja untuk meratakan/memadatkan adunan.
13. Bakar adunan di dalam oven selama satu jam.
14. Keluarkan kek ke dalam bekas semasa masih panas.
15. Bolehlah dipotong dan dihidang. Sedap dimakan panas2.

Selamat mencuba!


Resepi Kek Batik



Bahan-bahan:

1 paket biskut marie(500g)
1 cawan planta
0.5 cawan gula (blenda/ atau guna gula halus)
3 biji telur ayam
1 cawan susu pekat manis
5 sudu serbuk koko
5 sudu milo
1 cawan air suam

Cara-cara:

1. Patahkan biskut marie kepada 4 bahagian. Ulang hingga habis dan ketepikan.
2. Pukul planta dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan susu, serbuk koko dan milo dan pukul rata.
4. Masukkan air suam dan kacau rata.
5. Masak adunan tadi dalam periuk atau kuali yang bersesuaian. Masak hingga agak pekat dan mendidih. Kecilkan api.
6. Masukkan biskut marie dan gaul rata. Tutupkan api.
7. Sediakan bekas acuan, lapikkan plastik untuk elakkan dari melekat.
8. Masukkan adunan biskut marie ke dalam acuan. Sarung tangan dengan plastik dan tekan adunan di dalam acuan hingga padat dan rata.
9. Sejukkan dalam peti ais, bolehlah dipotong untuk dihidang pada bila2 masa yang sesuai terutama waktu perayaan.

Senang kan, Selamat mencuba!




Friday, November 28, 2008

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:

3 cawan Tepung gandum
1.5 cawan serbuk koko
1 sudu teh nescafe
2 sudu serbuk penaik
2 sudu soda bikarbonat
3.5 cawan gula pasir(dikisar halus)
6 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair ideal
2 cawan minyak masak
2 cawan air suam
1 sudu teh garam
Coklat masakan untuk topeng hiasan (kalau suka)

Cara-cara:

1. Ayak dulu tepung + koko + serbuk penaik + soda bikarbonat + nescafe dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur dan garam sampai betul-betul kembang.
3. Masukkan gula + pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan minyak + susu cair dan air suam. Pukul rata.
6. Masukkan adunan tepung yang diayak tadi, pukul hingga rata dan sebati.
7. Panaskan ketuhar/oven. Sediakan 2 loyang pembakar, lapik dengan kertas minyak dan sapukan sedikit minyak masak rata dalam loyang pembakar.
8. Masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar(bahagi kepada 2 loyang).
9. Bakar dalam ketuhar selama 1 jam.
10. Keluarkan dari loyang pembakar ke bekas kek yang sesuai semasa masih panas.
11. Cairkan coklat masakan dan sapukan topeng coklat di atas permukaan kek(jika suka).
12. Biarkan sejuk dan bolehlah dihidang untuk minum petang atau perayaan .

Selamat mencuba!

Tuesday, November 25, 2008

Resepi Ikan Pari Bakar Masak Getik

Bahan-bahan:
3 potong ikan pari sederhana besar (dibakar guna bara arang/sabut)
1 biji santan kelapa
segenggam daun cekur(bersama buahnya)
Seinci halia
10 biji cili padi
2 sudu Garam
2 sudu Gula
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Secawan air asam jawa

Cara2:
  1. Bakar ikan pari dia atas bara arang/sabut kelapa hingga benar2 masak dan tidak lagi berlendir. Sejukkan dahulu. Biasanya dibakar dulu sehari sebelum dimasak. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
  2. Potong ikan pari menjadi potongan yang kecil2. Ketepikan.
  3. Hiriskan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan buah cekur.
  4. Panaskan 2 sudu makan minyak masak, dan tumiskan bahan2 tadi hingga naik bau.
  5. Masukkan santan, garam dan gula dan masak hingga kuah masak sebati.
  6. Masukkan ikan dan biar seketika. Masukkan air asam jawa dan biar hingga masak.
  7. Hiriskan daun cekur halus2, dan taburkan ke dalam masakan. Baunya memang best.
  8. Siap untuk dihidang bersama nasi untuk makan tengahari atau makan malam.



Aku dan Hobi

Banyak-banyak hobi dalam dunia ni yang aku paling suka menjahit dan buat kuih.... walaupun aku kerja bidang IT(kononnya) .. tapi minat aku lebih kepada seni .. jahitan, sulaman, masakan... hal2 kreativiti perempuanla senang cakap.. Impian aku teringin nak bukak butik sendiri, kedai bakery, gedung tekstil, kedai kraft.. dengan jenama aku sendiri... tapi tu kan cuma angan2.. tapi mana tau kan satu hari impian tu boleh jadi kenyataan... seronoknya.. dengan ilmu IT aku, aku boleh pasarkan produk aku secara online... dan boleh buat sistem tempahan aku sendiri.. haiii... bilalah hari tu akan tiba agaknya...

Banyak2 baju yang aku pandai jahit setakat ni cuma baju kurung pesak peempuan jer... baju melayu lelaki pun dah lupa... lama tak buat... baju kebaya tak pernah belajar.. baju kebarung pulak, pernah try tapi tak sedap pakai... aku patut kena masuk kelas/ kursus jahitan dan fesyen dulu, baru boleh bukak butik.... hehehh.. bila tiba aku dah tak kerja lagi kat tempat Arab ni, bolehlah aku teruskan plan business aku tuh... sekarang ni mana ada masa.. lepas buat baju sendiri dan anak-anak pun dah kira baik, meringankan belanja raya suami aku... takyah tempah baju kurung..


Aku suka kumpul resepi dari majalah, internet, kawan-kawan, sedara-mara dan dari mak aku sendiri... memasak ni pun ikut mood jugak.. ada masa rasa malas nak masak.. tapi kalau tgh rajin, berjenis2 aku masak. Antara lauk pauk kegemaran aku adalah 'ikan pari bakar masak getik'... ini selera jawalah.. aku kan keturunan itu walaupun tak expert nak bercakap guna bahasanya. Yang penting aku paham. Dalam next topik nanti aku bagi resepinya. Kuih pulak, aku paling suka buat kek coklat... yang guna minyak tu, very moist dan sedap. Tapi tak sesuai untuk org yang diet ye shima.... hehheh. Resepinya nanti aku cerita dalam next topik. Kek batik biskut marie dan kek marble juga kek kesukaan aku.... aku suka yang coklat2.. sebab dimakan tak muak sangat cam kek2 lain. Nanti aku kongsikan resepinya...

Aku dan Famili

Aku mula mendirikan rumahtangga pada tahun 2002. Tarikh aku diijabkabulkan 1 Mac 2002 bersamaan hari Jumaat. Zaman tu aku agak kolot sikit... hantaran kahwin pun masih rendah lagi. Waktu tu takde pun kamera digital berleluasa macam sekarang ni... jadi gambar kahwin aku pun kurang cantik dibandingkan gambar2 kawin zaman sekarang ni. tapi alhamdulillah dah masuk 7 tahun aku mendirikan rumahtangga... cahayamata nak masuk 3 orang. Yang sulung dah nak darjah satu tahun depan. Cepat betul masa berlalu. Kini aku dah jadi ibu dan bakal melahirkan anak ketiga tak lama lagi.

Walaupun kerja biasa-biasa jer, tapi hidup kami happy. Aku boleh beli apa yang aku nak, dan boleh adakan apa yang anak aku teringin. Kami pun ada spend sikit duit untuk jalan-jalan at least setahun sekali.. Hajat di hati nak tour satu Malaysia... setahun satu negeri... tapi baru dapat sikit jer... Langkawi, Tambun, KL, Melaka, Negeri Sembilan. Ada rezeki nanti bolehla tambah lagi koleksi jalan-jalan kami. Spend time dengan famili lebih seronok dari spend time kat ofis... mengadap pc... release sikit stress kerja.

Monday, November 24, 2008

MYSQL : UPDATE DATABASE PREFIX

1. Go into mysql...then show tables;

2. Copy all tables that you want to rename ...

3. Paste in this script (eg:save the file as batch_rename.sh ) :

OLD_PREFIX = "mdl"

NEW_PREFIX = "mdlsirap"

data=
<<-EOD
| mdl_assignment |
| mdl_assignment_submissions |
| mdl_backup_config |
| mdl_backup_courses |
| mdl_backup_files |
| mdl_backup_ids |
| mdl_backup_log |
| mdl_block |
| mdl_block_instance |
| mdl_block_pinned |
EOD
tables = []
data.each_line do |line|
if line=~/(#{OLD_PREFIX}\w+)/
puts "RENAME TABLE #{$1} TO #{NEW_PREFIX}#{$1};"
end
end


4. Then run this script using ruby command-line (I assume you already install ruby) :
# ruby batch_rename.sh

5. The output :
RENAME TABLE mdl_assignment TO mdlsirap_assignment;
RENAME TABLE mdl_assignment_submissions TO mdlsirap_assignment_submissions; RENAME TABLE mdl_backup_config TO mdlsirap_backup_config;
RENAME TABLE mdl_backup_courses TO mdlsirap_backup_courses;
RENAME TABLE mdl_backup_files TO mdlsirap_backup_files;
RENAME TABLE mdl_backup_ids TO mdlsirap_backup_ids;
RENAME TABLE mdl_backup_log TO mdlsirap_backup_log;
RENAME TABLE mdl_block TO mdlsirap_block;
RENAME TABLE mdl_block_instance TO mdlsirap_block_instance;
RENAME TABLE mdl_block_pinned TO mdlsirap_block_pinned;

6. Just masukan sql statement ni dlm satu file lain...tapi kalau nak senang...buat step no. 4 tu camni :
# ruby batch_rename.sh > a.sql

7. Run the sql file using mysql...:
# mysql -uroot -p namadatabase < a.sql

**Check balik dalam database, prefix semua table dah bertukar.

8. Done

Nasi Dagang Terengganu


Semalam aku dan rombongan staff wanita mediu telah ramai-ramai bertandang ke rumah Kak Latifah dan Utz. Jo untuk makan nasi dagang. Ini kali kedua aku makan nasik dagang... first time dulu kat USm penang.. tapi lain rasanya... dulu rasa cam pulut.. tapi yang kak latifah buat ni cam nasik.. oklah untuk tekak jawa aku ni.. boleh masuk... sedap gak. Tapi tak berani nak makan banyak, takut berat bertambah... maklumlah badan kurang mengizinkan.

Terima kasih Kak Latifah dan utz. Jo atas hidangan lunch yang best. Jarang jumpa menu ni kat Selangor nih. Tengok sumer selera makan, bolehla bukak kedai nasi dagang nanti...
..........

Sebelah tu Sha ..kesian Sha tak dapat join kotorang time ni... mesti dia sedih tak dapat rasa nasi dagang kak latifah... lain kali boleh rasa nasik kerabu pulak kot... hikhikhik

Tarikh Kebesaran Islam 2009

Doa Awal Tahun
  • 9 Mac 2009 (12 Rabiulawal 1430) - Maulidur Rasul
  • 20 Julai 2009 (27 Rejab 1430) - Isra' Mi'raj
  • 22 Ogos 2009 (1 Ramadhan 1430) - Awal Ramadhan
  • 7 September 2009 (17 Ramadhan 1430) - Nuzul Quran
  • 20 September 2009 (1 Syawal 1430) - Hari Raya Aidilfitri
  • 18 November 2009 (1 Zulhijjah 1430) - Awal Zulhijjah
  • 27 November 2009 (10 Zulhijjah 1430) - Hari Raya Aidiladha(Korban)
  • 18 Disember 2009 (1 Muharram 1431) - Awal Muharram(Maal Hijrah)

Doa Akhir Tahun

Sunday, November 23, 2008

Dunia kerjayaku...

Masuk 2008 ni dah hampir 8 tahun tahun aku kerja. Banyak-banyak kerja yang aku kerja... kerja di "xxxx" la yang paling best... tapi lepas 6 tahun kerja, aku rasa teraniaya dek pentadbiran yang gila kuasa... biasalah bila status kontrak orang tak pandang kita... tambah pulak kalau kita berani protes. Tapi kawan2 sumer memang tiptop... kitorang rasa cam family. Everymonth sure ada sambutan birthday... ada hadiah. Rasa happy kerja bila sumer kawan appreciate kita sebagai kawan. we all memang close ... kerja pun tak berkira, rasa semangat nak datang keje...
Tapi akhirnya satu demi satu berundur mencari tapak di tempat baru gara2 kepimpinan yang hipokrit! Aku pun dah tak redha lagi kerja di situ...

Sungguhpun aku tak berpangkat, tapi aku puas dapat belajar macam2 di sini.. aku rasa kat sinilah lubuk ilmu.Aku belajar open source, programming, manage project, network, configure webserver, operate server, buat website dari scratch, buat website guna cms, ajar budak praktikal, ajar staff tentang IT, sistem, email, forum.... banyak gak jasa yang aku buat selama berkhidmat 6 tahun... tapi akhirnya org tak pandang pun penat lelah kita.... sadis. Perjuangan terkandas setakat itu je... Kalau ikut hati aku yang dirasuk syaitan ni... nak jer aku hapuskan sumer dokumentasi yang aku pernah buat... biar diorang takde rujukan, mati kutu.. baru padan muka. Tapi Allah jadikan aku insan yang baik hati, aku tak tergamak nak aniaya kawan2 aku yang masih setia di situ... aku tinggalkanlah sedikit ilmu pada rakan yang menggantikan aku... tapi panas tak sampai ke petang, akhirnya kawan aku tu pun disingkirkan juga... memang hitler betullah diorang nih! Sakit hati aku kalau ingat2. Sekurang2nya aku yang pergi tinggalkan situ, bukan disingkirkan...! Adalah jugak satu kemenangan aku di situ.

Penghujung 2007 aku pun turut berundur. Dan akhirnya aku terjelepok di sini... di kalangan puak2 arab yang menjengkelkan... Aku sangka kerja peringkat international... banyak pengalaman profesional yang aku boleh dapat.. tapi nampak gayanya... lebih kurang sama je. Kerja ngan orang asing ni lagi pening.. dahla cara kerja pun lain, berlagak pulak tuh... hai.. bukakkan jalan untuk aku yang makin kabur ni ya Allah.

Mulanya dulu aku rasa macam satu rahmat Tuhan yang besar bagi aku tempat untuk menyumbang khidmat aku di sini, tapi sekarang lainlah pulak yang jadi... Mula2 kerja memang stress giler... tambah2 pulak sorang2 nak handle 3 versi manual website... berat rasanya nak penuhi requirement diorang... berkat kesabaran aku, dan dorongan kawan baik aku kat sini Kak L, aku dapat bertahan sampai hari ini... aku berjaya tukarkan kaedah manual tradisioanal ni kepada kaedah cms, lebih cepat, mudah dan praktikal. Tapi tupun ada jugak hamba Allah yang tak puashati... nak kacau gak usaha aku ni... macamlah bagus sangat... tengoklah pandai mana 'dia' tu. Allah tu lebih mengetahui.... sini kan harta Allah.. aku kan bekerja untuk Allah, kenapa nak takut dengan 'hamba' muka kecik tu kan Kak L. Selagi Allah nakkan aku bertahan kat sini, aku akan tetap kat sini...




Myself


Salina Binti Abdi
21 Jalan wira 9,

Taman Perwira,

Telok Panglima Garang,

Kuala Langat Selangor.

salina.abdi@gmail.com



Curriculum Vitae

  • Date and Place of Birth: November 14, 1978 Selangor, Malaysia.
  • Undergraduate School: University Science of Malaysia(USM) Pulau Pinang. 1998-2001 Bachelor of Computer Science (Major in Management Information System & Minor in Management).
  • Second Secondary Education: Sek. Men. Sains Selangor, Cheras, Kuala Lumpur. 1994-95, SPM(Grade 1).
  • First Secondary Education: Sek. Men. Keb. Telok Datok Banting Selangor. 1991-93, PMR(7A 2B)
  • Primary Education: Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, Selangor. 1985 -1990, UPSR.
Work Experience
  • Nov 2007 - current, IT Executive(Web Developer) - Al-Madinah International University, responsible to develop, design and maintain company website.
  • Oct 2001 - Nov 2007, Assistant Officer of Information Technology(F29) cum
    Head Of System Development Unit(2001 - 2005) - Responsible to manage and coordinate outsource development, plan, study & develop in-house system required.
    Head of Corporate and Multimedia Unit(2006 - 2007) - Responsible to develop, design and maintain company website, corporate video, manage IT training and manage practical trainee student.
  • Sept 2001, Part time Lecturer - Kolej Professional Mara Beranang, Teach Visual Basic Programming for Diploma In Business IT Program.
  • Nov 1995 - June 1996, Machine Operator in NEC Semiconductor(M) Sdn. Bhd. - Semiconductor production in assembly division.
Areas Of Expertise
  • FreeBSD, Linux Suse X, Windows 98/2000/XP.
  • Apache Webserver, WAMP, XAMP, PHP Dev.
  • ASP, PHP, C, C++, Visual Basic, VB Script, Java Script, CSS, XML.
  • MS Sql Server, Mysql, Oracle, MS Access.
  • Mambo, Joomla, Web CMS Technology.
  • Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Flash, Adobe Dreamweaver.
  • MS Office (Words, Powerpoint, Excell ect.)
Project Experience
  • 2001 - Hisbah Online: MS SQL Server 7.0, IIS, Micromedia Dreamwaver, ASP
  • 2003 - 2005 - Upgrading Hisbah Online: PostgresSQL, PHP, Apache, PDF
  • 2003 - 2005 - Sistem Nikah, Cerai dan Rujuk Online JAIS: PostgresSQL, PHP, Apache, CMS, PDF, HTML
  • 2003 - UDSK Online : MySQL, PHP, Apache
  • 2004 - JAIS Website (new version) : HTML, PHP, Apache
  • 2005 - Sistem Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Agama : MySQL, PHP, Apache,TMS
  • 2005 - Sistem E-Halal JAIS : MySQL, PHP, Apache
  • 2005 - Sistem Perakaunan Kerajaan Negeri Selangor(SPEKS)
    Role: SPEKS Technical Officer for JAIS that responsible to implement application, maintain computer equipment for SPEKS and system installation in headquarters, learning centre and JAIS branchers in all Selangor District.
  • 2006 - JAIS Website versi 6.0 : Mambo, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.
  • 2006 - ICT JAIS Website : Mambo, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.
  • 2006 - Selangor State Mosque Website : Mambo, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.
  • 2007 - JAIS Question & Answer Website : Mambo, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.
  • 2007 - JAIS Photo Gallery Website : Mambo, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.
  • 2007 - JAIS Corporate Video : .avi and DVD
  • 2007 - JAIS Interactive Video : Flash, Adobe Photoshop, Micromedia Director 8.0
  • 2007 - JAIS Website versi 7.0 : Mambo, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.
  • 2008 - Al-Madinah International University Website versi 3.0 :Joomla, MySQL, PHP, Apache, CMS, CSS, HTML.