Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga puasa. Pagi ni masak sahur kari daging. Masak malam tadi sebenarnya. Pagini taknak nugget lagi, tukar ayam goreng pulak. Boringla kalau hari-hari makan benda yang sama. Buka semalam makan fries ngan nugget, ada kuih tepung pelita dengan popia goreng. Tapi buka puasa ni kalau minum air ngan makan kurma pun dah kenyang. My hubby beli air kelapa muda. So tambah jerla satu lagi jenis air, air milo ais. Daripada beli milo ais dah cair, baik buat sendiri. Lagi rasa milo, lagi sedap. Lagi berkat jugak sebab kita buat sendiri.
Menu sahur harini, masih daging jugak, cuma kari je dan bezanya masak sendiri. Kari gulai la kot, sebab tak cukup bahan nak masak tu.. tapi sedap la jugak. Selera je lakiku makan. Konon belajar2 nak goreng papadom yang bulat tu. Tapi masih tak lulus lagi. Agak garing sangat. Takpa, nanti boleh cuba lagi. Bangun pagi sama cam semalam kol 4.30 jugak. Panaskan je nasi, kari dan sup. Goreng ayam dan potong timun saja. Hidang sekali dengan papadom garing dan kurma.
Dari zaman universiti lagi, aku suka makan kurma ni dengan kuah-kuah lemak untuk sahur, tak kiralah kari ke, masak kurma ke, lemak kuning ke... rasa dapat tambahkan selera untuk sahur. Selera tekak aku la. Harini rasa nak share resepi gulai kari daging simple aku:-
GULAI KARI DAGING
Daging sekilo
Sebiji bawang besar
4 biji bawang putih
1-2 batang serai
Dua sudu rempah kari Babas
Secawan air kosong
Secawan susu cair
Sebatang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Daun kari secukupnya
1/2 kiub ayam knorr
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menumis
CARA-CARA:
--------------------
1. Rebus daging hingga empuk dengan sesudu garam (gunakan api yang kecil dan air secukupnya)
2. Potong bawang besar dan bawang putih, ketukkan sebatang dua serai.
3. Tumiskan bawang, serai, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.(Kalau ada halia boleh letak sekali)
4. Masukkan rempah kari, tumiskan dan tambahkan secawan air untuk sebatikan rempah kari.
5. Masukkan kiub ayam knorr untuk menambah rasa. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
7. Masukkan daging yang sudah direbus empuk bersama sedikit air rebusannya.
8. Apabila agak mendidih, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga masak.
9. Sedia untuk dihidang.
Showing posts with label sahur. Show all posts
Showing posts with label sahur. Show all posts
Thursday, July 11, 2013
DIARI RAMADHAN 3, 12 Julai 2013
DIARI RAMADHAN 2, 11 Julai 2013
Hari kedua puasa tiba. Pagi ni sedap sikit, ada kurma daging... boleh bangun lewat sikit. 4.30 baru bangun.. goreng nugget, buat sup telur juga.. dengan sambal tempe, tapi takde sayur pagi ni. Takde stok.. huhuhu. Hari-hari kena buat air panas berbeza untuk hubby, Cqin dan Muiz.
Horlicks untuk abang dan cqin. Milo untuk Muiz dan Nestum susu untuk diri sendiri. Kenalah gigih gak bangun pagi sebab banyak mulut yang nak disuap.. kang lapar suami dan anak-anak sekolah, kesian.
Menu sahur hari ini:
Hari-hari wajib ada sup sebab anak-anak suka makan nasi dengan sup. Tapi diri sendiri kena makan nasi tomato buka petang semalam yang tak jadi makan sebab rasa nak pitam semalam. Dah terlebih kenyang sebab makan kuih banyak sgt kot. Nasib baik ok lagi sebab simpan dlm peti ais, pagi kukus balik. Sedapla jugak. Alhamdulillah.
Harini cuti, tak kerja sebab nak ambik report card bebudak sekolah ni. Tetiba ayahnya pun malas gak nak kerja.. haii join cuti jugak. Sabau jerla. Takperlah sempat gak cuci baju kotor yang dah bertimbun. Pukul 11.00 pegi Pasaraya Segi , cari lauk pauk sikit-sikit untuk masak lauk sahur esok-esok. Udang sikit, sotong sikit, ayam sikit, daging sikit, sayur sikit, papadom, telur ngan keropok ikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)