Thursday, October 24, 2013

Kehamilan Kelima - Petua Baby Kembali Kedudukan Normal di Peringkat Trimesters



Salam kengkawan, dah lama rasanya tak menulis di blog ni. Just nak share sikit story tentang kandungan aku yang kelima. Alhamdulillah sekarang aku dah pregnant 37++ weeks... dah dekat nak bersalin dah. Nak dijadikan cerita masa checkup Isnin lepas, baby berpusing jadik melintang. Dr kat klinik kerajaan ni pun suspend, sebab dah dekat nak bersalin baby melintang pulak, sedangkan last checkup ok je, kepala dah kat jalan dah. Selalunya kalau dah kat jalan, tak beralih dah.

Maka terpaksalah aku direfer ke Dr pakar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang... mak aii. Lagila aku seriau .. terus rasa seram, takut, risau, stress jugak la.... alamak nak kena bersalin C-zer pulak ke? Tak terbayang perasaannya sebab tak pernah melalui pengalaman C-zer. Dari malam lepas checkup tu aku dah hilang selera nak makan, risau kat otak mikir mana nak bersalin nanti.

Mujur company tempat aku kerja cover segala bil untuk bersalin staff2nya.. at least tak risau mana nak cari duit, just pilih mana hospital nak bersalin. Aku sebolehnya taknaklah Czer kat Klang. Taulah kan service dia camane, patient terlalu ramai dan kurang perhatian. Maka survey2, aku pilih Hospital Umra Shah Alam. Dengar member kata ok, tryla tanya pakar dia. Buat GL baru dan call hospital untuk tanya, hospital kata datang je walk in jumpa Dr pakar. Aku pun lega la.

Member pun ada bagi petua untuk bagi baby pusing balik. Aku trylah.. tak salah kan. Cuma nak berurut tu aku takut sikit, takut terbelit tali pusat lak kang, lain plak jadiknya. Member cakap, ada ustaz pesan kat dia, waktu solat tu rukuk dan sujud betul2. Lama-lama sikit. InsyaAllah baby boleh pusing balik ke kedudukan yang betul. Aku fikir, ok gak.. mgkin sebab aku kerap solat duduk kat kerusi, so kurang nak rukuk dan sujud. Lepas member cakap, aku tak pernah solat duduk kerusi lagi.. aku solat macam biasa, walaupun susah sikit nak duduk bangun tu.. gigihkan jugak, sebab nak cuba petua dia. Ada jugak member kata suruh merangkak-rangkak. Buat macam exercise. Kalau malu buat kat dalam bilik. Tapi yang ni tak sempat buat la. Just buat yang solat je dan jangan lupa berdoa pada Allah. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Alhamdulillah, semalam masa checkup kat Hospital Umra, Dr pakar scan tu tunjuk kat screen 3D, baby dah pusing normal. Alhamdulillah. Menjadik jugak usaha guna petua member tu, di samping doa2 aku yang sungguh2 masa lepas setiap solat sampai bercucuran air mata. Gila kan, sapa tak takut nak kena bedah. Moga-moga normallah kedudukan baby ni sampai ke hujung. Terus tekanan darah kembali normal.. sebab rasa lega sangat. Syukur Alhamdulillah, Allah maha mendengar rintihan hambanya yang lemah ini.

   

Checkup harini dengan Dr pakar kat hospital Klang pn dah ok.. kepala kat bawah. dah oklah tu.. buat apa nak suh datang lagi esok.. terus refer kat Umra jerla, dah alang2 nak bersalin dekat situ. Merasa gak nak bersalin di hospital swasta. Harap2 normallah hendaknya. Aamiin. Mohon dipermudahkan Ya Allah.


1 comment:

  1. Semoga semuanya selamat ya dear. Kawan saya pernah bersalin dekat UMRA, rasanya makan tak masuk dalam pakej bersalin. Nanti confirmkan dulu siapa yang boleh bawakan makanan yang sesuai masa di wad ya.

    ReplyDelete