Gambar menu sahur pagi ni, tadaa:
Friday, July 12, 2013
DIARI RAMADHAN 4,13 Julai 2013
Sahur harini masak ungkep sotong.. simple je . Panaskan sup dan kari daging semalam, goreng nugget dan sosej, sambal tempe dan ulam timun macam biasa. Nampak byk pulak lauk pagi ni. Petang semalam buka kat rumah mak, ramai pulak yang buka kat rumah mak, kakak & family pun join sekali.. dan adik yang kerja masjid negeri pun tiba2 balik jugak. ramailah buka petang ni, merih sikit. makanan untuk buka pun bukan main banyak lagi.. macam2 kuih ada.Sampai tak lalu nak makan semua... tepung pelita, cucur udang, apam, kuih lapis, karipap, getuk ubi, talam keladi, roti john, kentang goreng, sosej goreng, bubur lambuk, mee kari, nasi tomato, nasi ayam, kebab, tembikai.. mak aii banyak sangat la. Air pun laici 1 jug besar, oren juice dan milo o ais kegemaran anak aku. Aku rasa rezeki orang puasa ni mrlimpah ruah.
Gambar menu sahur pagi ni, tadaa:
Gambar menu sahur pagi ni, tadaa:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment