Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Allah kurniakan nikmat pada ibu dan ayah bila anak berjaya dalam pelajaran. Betullah orang kata doa ibu penting untuk kejayaan anak2 terutama bila nak menduduki peperiksaan.
Aku selalu cuba spend masa untuk bantu mereka ulangkaji pelajaran di musim2 periksa... tapi kadang2 dek kerana terlalu banyak tanggungjawab lain, tak sempat nak layan mereka. Cukuplah bekalkan mereka dengan doa yang ringkas ni:
"Ya Allah, Kau terangkanlah hati anak-anakku. Permudahkanlah anak-anakku untuk menjawab soalan peperiksaan mereka di sekolah." (ulang 3X) - Amin
Tu jerla usaha terakhir aku tiap2 pagi lepas subuh pada minggu peperiksaan. Alhamdulillah.. sekurang2nya ada usaha. Rasa bahagia dan bangga lihat kejayaan anak, walaupun nakal tapi ada hasil. :)
97.2 % ... wah peratus yang excellent buat mama! Congrates!
Kakak kena usaha lagi, bila masuk kelas pertama mmg susah nak score. Anyway dapat hadiah jugak untuk subject terbaik -100%, satu pun jadilah. Congrates jugak. Moga tahun depan lebih berjaya! Fighting!!
No comments:
Post a Comment