Wednesday, October 31, 2012

TAHNIAH MU'IZ.. CQIN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan nikmat pada ibu dan ayah bila anak berjaya dalam pelajaran. Betullah orang kata doa ibu penting untuk kejayaan anak2 terutama bila nak menduduki peperiksaan.

Aku selalu cuba spend masa untuk bantu mereka ulangkaji pelajaran di musim2 periksa... tapi kadang2 dek kerana terlalu banyak tanggungjawab lain, tak sempat nak layan mereka. Cukuplah bekalkan mereka dengan doa yang ringkas ni:

"Ya Allah, Kau terangkanlah hati anak-anakku. Permudahkanlah anak-anakku untuk menjawab soalan peperiksaan mereka di sekolah." (ulang 3X) - Amin

Tu jerla usaha terakhir aku tiap2 pagi lepas subuh pada minggu peperiksaan. Alhamdulillah.. sekurang2nya ada usaha. Rasa bahagia dan bangga lihat kejayaan anak, walaupun nakal tapi ada hasil. :)

97.2 % ... wah peratus yang excellent buat mama! Congrates!
Kakak kena usaha lagi, bila masuk kelas pertama mmg susah nak score. Anyway dapat hadiah jugak untuk subject terbaik -100%, satu pun jadilah. Congrates jugak. Moga tahun depan lebih berjaya! Fighting!!

Muhammad Mu'iz Ikhwan (Mamat)

Nurul Asyiqin (Cqin)

New Experience.. new place.. new friends..


Already  2.5 weeks here in new company. Still learning to get  familiar with all stuff here, things, people, system, place, pc ... others. Long way to go... many trails to pass by.. :)


Wednesday, September 26, 2012

"Some Best Quotes for Farewell"




" Happy trails to all of you, until we meet again.
  Some trails are happy ones, But others are blue,
  It's the way you ride the trail that counts,
  May here's a  happy one for you." 

" Farewell friends! God knows when we shall meet again." 

" May the sun shine all day long,
  Everything go right  and nothing wrong.
  May those you love bring love back to you,
  And may all the wishes you wish come true! Farewell !" 

" Nobody said it was easy;
  It's such a shame for us to part.
  Nobody said it was easy...  no one ever said it would be this hard.
  Farewell dear!! "
 

 :)

Finally ... it's time for me to go

FINALLY I GOT SUPER ENERGY TO FLY.. from the dark zone..

Tak sangka akhirnya sampai masa untuk aku yang pergi pulak. Tak tau apa aku rasa, syukur sebab dapat rezeki yang lebih baik. Sayang sebab nak tinggalkan lubuk ilmu... Sedih nak tinggalkan kawan-kawan seangkatan di sini... tapi, hidup perlu diteruskan. Kena la pergi jugak kalau dah sampai masanya... aiiy.. macam nak mati plak bunyinya.

Cukuplah 5 tahun menabur bakti pada orang asing... kini masanya untuk kembali menabur khidmat pada negeri sendiri. Bila sumbangan tak dihargai.. apa nak tunggu lagi kan. Bawak lah diri kepada yang lebih memerlukan.. Tinggal 9 hari jer lagi... perasaan bercampur2, harap-harap tempat dituju tidak salah destinasi. Kalau boleh nak settle down sampai pencen kat tempat baru...

Selamat bertemu tempat baru... tunggu aku datang... harap2 lebih membahagiakan.. ker??

.

Friday, May 4, 2012

Berkelah ke PD 1 Mei lepas..

First time pergi berkelah ke pantai dengan famili.. Sebelum2 ni asyik mandi kolam jer.. ni first time mandi laut.. budak-budak ngan bapak budak jerla yang mandi.. Seronok bukan main dorang..

Bertolak kol 7.30.. sampai PD dalam kol 9.00 pg... berenti di Pantai Bagan Pinang saja.. bersih pantainya...
pasir pun putih jek... takde org jual2 pulak tu.. jimat duit.. takdapatlah bebudak nak mintak itu ini. Makanan pun dah siap bekal dari rumah... kita bawak menu nasi impit, kuah kacang, ayam masak kicap, sayur lodeh, nugget ngan sosej goreng.. sedikit junkfood .. dan juga air mineral.

First time di pantai.. rasa bebas.. lapang cam burung yang bebas terbang

Happy kan main dorang nih..

Nilah pamannya yang organize program berkelah ni.. tq Ajis..

Mak Long, Auni, Husna & Ecah berehat di tepi pantai memerhati budak2 yang mandi-manda di laut..

Happynya Husna.. seronok main pantai.

Inilah dia sepupu-sepapat famili aku..




Ayu.. sampai 3 kali tukar baju.. takut laut.. :)


Monday, March 12, 2012

Resepi: Udang Masak Kuning/ Kunyit



Bahan-bahan:

  1. 0.5 kg Udang Sederhana Besar
  2. 1 biji bawang besar
  3. 4 ulas bawang putih
  4. 1 sudu serbuk kunyit
  5. 1 sudu garam
  6. 2 sudu minyak masak
  7. Sedikit air
  8. 2 sudu gula
Cara-cara memasaknya:

  1. Siangkan udang - hanya buang kepala dan ekor saja & basuh bersih.
  2. Mayangkan bawang putih dan bawang besar
  3. Gaulkan semua bahan bersama udang 
  4. Panaskan minyak masak
  5. Tumiskan semua bahan yang telah dicampurkan tadi
  6. Masukkan gula dan air.
  7. Tumiskan sehingga masak, tambahkan sedikit lagi garam jika masakan agak manis.
  8. Sedia untuk dihidang.

Monday, March 5, 2012

INFO SIHAT: FIBROID


Fibroid adalah ketumbuhan biasa (bukan kanser) di dalam uterus dan ianya dibina oleh gentian otot. Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon, dan faktor persekitaran. Ia menyerang 20% wanita berusia 50 tahun ke bawah (wanita di peringkat kesuburan) dan ianya merupakan penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur untuk membuang rahim). 

Fibroid dikategorikan berdasarkan lokasinya seperti di bawah;

  1. Fibroid submukus- membesar dari bahagian bawah saluran rahim ke ruangan dalam rahim. 
  2. Fibroid intramural- tumbuh di antara otot-otot rahim pada bahagian dindingnya. 
  3. Fibrois subserous- tumbuh di bahagian luar dinding rahim 
  4. Fibroid pedunculated- tumbuh secara berangkai dari permukaan bahagian rahim atau permukaan bahagian dalam rahim hingga dalam rahim dan boleh merebak ke serviks.

Tanda-tanda fibroid adalah seperti berikut:

  1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah. 
  2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar. 
  3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik. 
  4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid. 
  5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus. 
  6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah. 
  7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing. 
  8. Sakit ketika melakukan hubungan seks..
Rawatan bagi fibroid bergantung kepada tanda yang dialami, umur, saiz keluarga, saiz dan bilangan fibroid yang anda ada dan keinginan untuk mengandung pada masa akan datang. Pilihan rawatan termasuk;

  1. Sekiranya fibroid bersaiz kecil dan tidak menunjukkan sebarang tanda, pemantauan kerap dilakukan melalui imbasan ultrabunyi.. 
  2. Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 cm pembedahan untuk membuang fibroid (myomectomi) mungkin diperlukan. 
  3. Sekiranya anda telah mempunyai anak, pembuangan uterus dan fibroid (hysterectomy) lebih digalakkan. 
  4. Fibroid juga boleh dikecutkan tanpa menjalani pembedahan melalui pengurangan aliran darah kepada fibroid dengan menggunakan kaedah embolisasi. 
  5. Fibroid mungkin akan berulang lagi.
    .