Wednesday, May 6, 2009

Drama Korea: Mr.Goodbye



Cerita ni baru sekarang kat KBSWorld TV.... ditayangkan hari ISNIN sampai KHAMIS, jam 10.10 hingga 11.20 malam... best. Ini ganti citer A Love To Kill lakonan Rain atau Jeong Ji Hoon.

Sinopsis

Mengisahkan Yoon Hyun Suh (lakonan Ahn Jae Wook) yang merupakan anak angkat yang dibesarkan di United States. Dia menjadi seorang yang berjaya sebagai Pengurus atasan rangkaian hotel di sana. Dia telah ditugaskan oleh HQnya untuk menguruskan perniagaan di Korea. Di Korea dia telah jatuh cinta dengan Choi Young In (lakonan Lee Bo Young), seorang petugas kaunter pertanyaan di hotel dia ditugaskan. Namun ada masalah yang masih membelenggu kerana bekas isteri kawan baiknya; Kang Soo Jin (lakonan Oh Yoon Ah) datang semula mengimbau kisah lampau mereka. Ketiga-tiga watak ini akhirnya terjerat dalam cinta tiga segi.

Alkisahnya... si Hyun Suh ni dulunya miskin, tak mampu nak bayar sewa dan yuran belajar... jadi terpaksa mendermakan spermanya untuk satu projek kebajikan di kolejnya dulu untuk mendapatkan duit ... maka si Kang Soo Jin pula telah mengambil sperma yang didermakan oleh Hyun Suh tanpa pengetahuannya... tapi dia pula berkahwin dengan kawan baik Hyun Suh. Selepas mengandung dan mendapati anak itu bukan anak suaminya, mereka bercerai. Kang Soo Jin telah membesarkan anaknya sendirian sehinggalah Hyun Suh kembali ke Korea... Kang Soo Jin cuba untuk mendampingi Hyun Suh dengan harapan agar Hyun Suh sanggup menjadi ayah kepada anaknya, Yun. Pada masa yang sama Hyun Suh pula telah jatuh cinta pada Choi Young In yang ditemui secara kebetulan di Las Vegas, US. Di Hotel pula, bos Young In(Kyle) juga telah jatuh hati padanya. Konflik bermula setelah itu... apa yang terjadi seterusnya?


Pelakon2:



Video
Boleh download video kat sini kalau terlepas tengok...
http://www.mysoju.com/mr-goodbye/

Dengar lagu tema

http://www.kbs.co.kr/drama/goodbye/index.html




2 comments:

  1. ni copy ke ayat sendiri ni??

    ReplyDelete
  2. Eh.. translate ler... orang tu citer cakap omputeh... akak translate ler..

    ReplyDelete