Sunday, May 24, 2009

Citer Korean Baru: Good Bye Solo


Genre : Drama
Cast : Chun Jung-myung, Yoon So-yi
Director : Ki Min-su
Writer : Noh Hee-kyung
Premiere in Korea : 2006.3.1
Number of Episodes : 16
Runtime : 70'


Sinopsis (Tayangan: 10.10 -11.20 mlm)


“Anyone not in love is guilty"
People has desire to succeed and to be attractive. These come out from the disbelief in themselves. They are unable to love themselves just the way they are. People who say they lost interest in life, often has experience of disappointment that they got with people. Those who experienced this, neglect in loving their own selves. Nevertheless, every human being is precious just the way he is.

Min-ho works at ‘CafĂ© Mission’ with his first love, Mi-ri. He believes that love cannot hurt him. As he learns to love Su-hee, he realizes how much he was deeply injured in his heart. He promises himself that he would keep his love for Su-hee, the girlfriend of his good friend, but he is willing to throw everything away and love her openly.

In the meanwhile, Mi-ri falls in Love with a gangster, Ho-cheol, whom she came across at a bar. Although others regard him as frightful gangster, she sees him loveable, dependable, and feels sorry for him. Mi-ri does not argue with Ho-cheol, who tells her he does not care about her. Here is a story about people living in their own ways unhindered by this world’s superficiality.

*Best tak ye citer ni.. pelakonnya cam kurang cun je..

Character

Chun Jung-myung
A high school classmate of Mi-ri’s, Min-ho works as a waiter at the cafe “Sky.” This outgoing, mischievous and talkative guy looks shallow on the outside, but deep inside he has a heart of gold. Three years ago he left his home and family – his father, who owns a construction business, his successful older brother, and his beautiful mother.


Yoon So-yi


Soo-hee thinks of herself as cold-hearted and selfish, but in reality she is enthusiastic about everything she does, though a bit dull in love. She has no control of her strong feelings for Min-ho.


Kim Min-hee

Cheerful, outgoing and passionate, Mi-ri is Min-ho’s first love. She owns the cafe “Sky” and sometimes models for Soo-hee’s works.


Lee Han

A boyfriend of Soo-hee’s, Ji-ahn is smart and savvy. He lives with Min-ho and has earned trust from Min-ho’s father’s firm. He thinks that betrayal is not a problem as long as he can alleviate the financial woes of his mute parents and younger brother.


Lunch di Noodle Station


Hari Jumaat lepas, kitorang lunch dekat Noodle station. best gak..
boleh la cuba kalau nak... suggested la... harga ok, rasa pun sodap gak.

Saya rasa Mee Tomyam ni .. sedap la berbanding menu lain yang diorang order.






Monday, May 11, 2009

Motivasi Pagi: Mengatasi Penyakit Perasan Bagus

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.


Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.


Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.


Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.


Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.


Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.


Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!


Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!


Selamat Berjaya!




Wednesday, May 6, 2009

Drama Korea: Mr.Goodbye



Cerita ni baru sekarang kat KBSWorld TV.... ditayangkan hari ISNIN sampai KHAMIS, jam 10.10 hingga 11.20 malam... best. Ini ganti citer A Love To Kill lakonan Rain atau Jeong Ji Hoon.

Sinopsis

Mengisahkan Yoon Hyun Suh (lakonan Ahn Jae Wook) yang merupakan anak angkat yang dibesarkan di United States. Dia menjadi seorang yang berjaya sebagai Pengurus atasan rangkaian hotel di sana. Dia telah ditugaskan oleh HQnya untuk menguruskan perniagaan di Korea. Di Korea dia telah jatuh cinta dengan Choi Young In (lakonan Lee Bo Young), seorang petugas kaunter pertanyaan di hotel dia ditugaskan. Namun ada masalah yang masih membelenggu kerana bekas isteri kawan baiknya; Kang Soo Jin (lakonan Oh Yoon Ah) datang semula mengimbau kisah lampau mereka. Ketiga-tiga watak ini akhirnya terjerat dalam cinta tiga segi.

Alkisahnya... si Hyun Suh ni dulunya miskin, tak mampu nak bayar sewa dan yuran belajar... jadi terpaksa mendermakan spermanya untuk satu projek kebajikan di kolejnya dulu untuk mendapatkan duit ... maka si Kang Soo Jin pula telah mengambil sperma yang didermakan oleh Hyun Suh tanpa pengetahuannya... tapi dia pula berkahwin dengan kawan baik Hyun Suh. Selepas mengandung dan mendapati anak itu bukan anak suaminya, mereka bercerai. Kang Soo Jin telah membesarkan anaknya sendirian sehinggalah Hyun Suh kembali ke Korea... Kang Soo Jin cuba untuk mendampingi Hyun Suh dengan harapan agar Hyun Suh sanggup menjadi ayah kepada anaknya, Yun. Pada masa yang sama Hyun Suh pula telah jatuh cinta pada Choi Young In yang ditemui secara kebetulan di Las Vegas, US. Di Hotel pula, bos Young In(Kyle) juga telah jatuh hati padanya. Konflik bermula setelah itu... apa yang terjadi seterusnya?


Pelakon2:



Video
Boleh download video kat sini kalau terlepas tengok...
http://www.mysoju.com/mr-goodbye/

Dengar lagu tema

http://www.kbs.co.kr/drama/goodbye/index.html




Dosa Zina... Kalau dah terlanjur

Petikan kisah...

Saya sebenarnya gadis berumur 21 tahun. dan telah kehilangan dara masa saya berumur 19 tahun…sampai sekarang saya masih lagi dgn pakwa saya. Kami memang merancang untuk bernikah. Tapi ada sedikit halangan daripada parents saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni. macam-macam yang saya fikirkan. Fikirkan keadaan saya yang dah kehilangan dara ni.

Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan
. Jika saya ditakdirkan berjumpa dengan lelaki lain,adakah patut saya maklumkan pada dia yang saya sudah tiada dara lagi? atau adakah saya patut diamkan saja? jika saya diam, adakah lelaki(suami) akan tahu saya sudah hilang dara pada malam pertama kitorang? Saya buntu sangat. walaupun saya sering berdoa pada tuhan namun saya masih ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang dapat membantu.

Pandangan saya:

Salam saudari,
Soal jodoh, ajal, maut di tangan Allah swt. Manusia diberi akal untuk berusaha dan berfikir untuk memilih mana yang baik atau mana yang buruk. Saya berharap saudari segeralah bertaubat, sekiranya lelaki yang pernah berzina dengan saudari telah berubah menjadi seorang yang soleh dan mampu untuk memimpin keluarga, maka teruskanlah niat untuk berusaha bersama membina keluarga yang diredhai Allah.


Namun sekiranya sikap dan perilaku teman lelaki saudari banyak bercanggah dengan hukum syarak, maka berusahalah memberi kesedaran kepadanya. Manakala, jodoh pula mintalah Allah Bantu memberi hidayah melalui solat hajat dan istikharah.Gunakanlah pemikiran yang waras agar kita tidak terjebak semula dalam dosa dan mendapat bantuan/jodoh lain yang terbaik daripada Allah s.w.t.


Insyaallah, pintu taubat sentiasa terbuka bagi umat yang ingin kembali ke jalan Allah. Sekiranya jodoh saudari ditentukan dengan lelaki lain, maka adalah sebaiknya berterus terang akan keadaan sebenarnya,agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari selepas berumah tangga. Seorang calon suami yang baik adalah yang sanggup menerima keadaan kita seadanya dan sedia membimbing kita menuju keredhaan Allah.


Dosa zina itu tidaklah sama. Allah SWT berfirman;
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (QS. al-Isra’ : 32)


Perempuan yang berzina. dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan
hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (QS. an-Nuur: 2)


Para ulama berkata, “Ini adalah hukuman bagi pezina perempuan dan laki-laki yang masih bujang, belum menikah di dunia. Jika sudah menikah walaupun baru sekali seumur hidup, maka hukuman bagi keduanya adalah dirajam dengan bebatuan sampai mati. Demikian pula telah dijelaskan dalam hadits dari Nabi SAW bahwasanya jika hukuman qishash ini belum dilaksanakan bagi keduanya di dunia dan keduanya mati dalam keadaan tidak bertaubat dari dosa zina itu niscaya keduanya akan diadzab di neraka dengan cambuk api. Dalam kitab Zabur tertulis,

“Sesungguhnya para pezina itu akan digantung pada kemaluan mereka di neraka dan akan disiksa dengan cambuk besi. Maka jika mereka melolong karena pedihnya cambukan malaikat Zabaniyah berkata, “Ke mana suara ini ketika kamu tertawa-tawa, bersuka ria dan tidak merasa diawasi oleh Allah serta tidak malu kepada-Nya.


Sedarlah, bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap dari amalan kita. Setiap dosa walau sebesar debu pun pasti ada balasannya di akhirat nanti. Maka bertaubatlah saudari dengan sebenar-benar taubat(taubat nasuha), semoga dibukakan jalan dan pintu rahmat untuk kehidupan saudari menempuh hari2 mendatang.


Renungkanlah:


Imam Bukhari meriwayatkan hadits tidur Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub. Dalam hadits itu disebutkan bahwa Beliau SAW didatangi oleh malaikat Jibril dan Mikail. Beliau berkisah,


”Kami berangkat pergi sehingga sampai di suatu tempat semisal; tannur; bahagian atasnya sempit sedangkan bagian bawahnya luas. Dari situ terdengar suara gaduh dan ribut-ribut. Kami
menengoknya, ternyata disitu banyak laki-laki dan perempuan telanjang. Jika mereka dijilat api yang ada dibawahnya mereka melolong oleh panasnya yang dahsyat. Aku bertanya,; Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pezina perempuan dan laki-laki. Itulah adzab bagi mereka sampai tibanya hari kiamat.”


Diriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Wahai sekalian orang-orang Islam, takutlah kalian dari (melakukan) zina. Sungguh padanya enam ancaman; tiga di dunia dan tiga yang lain di akhirat. Yang di dunia adalah hilangnya kharisma wajah, pendeknya umur, dan kefakiran yang berkepanjangan. Adapun yang di akhirat adalah kemurkaan Allah Tabara wa ta’ala, buruknya
hisab, dan adzab neraka.”


Kita memohon kepada Allah yang Maha Pemberi agar mengampuni semua dosa-dosa kita. Semoga Allah melimpahkan ampunan dan kesejahteraan.Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wallahu’alam.


Baca lagi pandangan lain atau nak beri pandangan?



Sunday, May 3, 2009

Fakta Yang Auta: Tahukah Anda?...

Dari: Dr. Shima Arshad.

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. Jom Mancokam!