Sinopsis
Drama ini mengisahkan seorang gadis Geum Jan Di dari keluarga miskin dan ditawarkan belajar di sekolah berprestij Shinhwa High School selepas membantu seorang dibuli. Shinhwa High diasaskan oleh Shinhwa Group, perusahaan terbesar di Korea, dan diwarisi oleh keluarga yang kaya. Di Shinhwa, Jan Di bertemu dengan sekumpulan pelajar lelaki yang kaya dan kacak digelar "F4" ("Flower 4" atau "Flamboyant 4") yang sangat popular. F4, bagaimanapun,tiada perasaan memalukan orang lain, dan sering mengeluarkan satu "kad merah". Sesiapa yang mendapat kad merah dalam lokernya amat ditakuti, kerana dia kemudiannya akan menjadi sasaran dibuli oleh seluruh pelajar. Jan Di benci pada gurauan ini, tetapi dia sendiri telah menerima sekeping kad merah dan dibuli, selepas dia ditahan oleh seorang daripada rakan sekelasnya. Namun akhirnya, dia mula jatuh hati pada seorang daripada F4, Ji Hoo, tetapi dia turut bertemu dengan pemimpin kumpulan itu, Jun Pyo yang juga telah jatuh hati kepadanya. Satu cinta tiga segi telah wujud antara Jun Pyo, Jan Di dan Ji Hoo.
Hubungan Jan Di dan Jun Pyo
Jan Di pada mulanya membenci Jun Pyo dan dua orang rakannya, Yi Jung dan Woo Bin. Dia adalah satu-satunya orang yang kuat dan berani menentang Jun Pyo selepas dia cuba cuba memalukan Min Ji, satu-satunya kawan Jan Di di sekolah itu. Jun Pyo kemudiannya meletakkan sekeping kad merah dalam loker Jan Di yang menunjukkan bahawa dia adalah mangsa F4. Selepas berterusan membuli, perasaannya kepada Jan Di mula berputik.
Bagaimanapun, Jan Di tidak suka kepadanya atas apa yang dilakukan kepadanya dan dia telah mula menyukai Ji Hoo (walaupun dia percaya dia menyukainya, tetapi kemudiannya dia mendapati dia hanya menyukai sebagai kawan). Jun Pyo berterusan menunjukkan minatnya terhadap Jan Di dan selepas suatu hari keluar temujanji dengan Ji Hoo, dia menyedari perasaannya terhadap Junpyo. Selepas hubungan mereka menjadi rasmi, ibu Jun Pyo menjadi penghalang. Dia lakukan apa saja yang mungkin untuk menghalang Jun Pyo daripada berhubung dengan Jan Di. Kemudian hari Jun Pyo dilanggar oleh sebuah kereta dan ingat segalanya kecuali Jan Di. Seorang gadis lumpuh bernama Yumi, yang dirawat satu hospital dengan Jun Pyo muncul dan berkawan dengannya. Yumi dan Jun Pyo menganjurkan satu parti kolam, untuk mengatakan bahawa mereka akan pergi ke AS untuk menyambung pengajian. Jan Di, mendesak untuk cuba untuk mendapatkan ingatan Jun Pyo terhadapnya, dengan menunjukkan Jun Pyo rantai leher yang diberi olehnya dan membuangnya ke dalam kolam. Jan Di bertanya adakah dia tahu berenang. Kemudian Jan Di melompat masuk kolam dan ingatan Jun Pyo tercetus kembali dengan menyelamatkan Jan Di.
Apakah pengakhirannya? Saksikanlah ceritanya sendiri di saluran 8TV setiap hari jam 8.30 -9.30 malam. Mungkin ulangannya juga akan ditayangkan di saluran astro KBSWorld 303 ...Bagaimanapun, Jan Di tidak suka kepadanya atas apa yang dilakukan kepadanya dan dia telah mula menyukai Ji Hoo (walaupun dia percaya dia menyukainya, tetapi kemudiannya dia mendapati dia hanya menyukai sebagai kawan). Jun Pyo berterusan menunjukkan minatnya terhadap Jan Di dan selepas suatu hari keluar temujanji dengan Ji Hoo, dia menyedari perasaannya terhadap Junpyo. Selepas hubungan mereka menjadi rasmi, ibu Jun Pyo menjadi penghalang. Dia lakukan apa saja yang mungkin untuk menghalang Jun Pyo daripada berhubung dengan Jan Di. Kemudian hari Jun Pyo dilanggar oleh sebuah kereta dan ingat segalanya kecuali Jan Di. Seorang gadis lumpuh bernama Yumi, yang dirawat satu hospital dengan Jun Pyo muncul dan berkawan dengannya. Yumi dan Jun Pyo menganjurkan satu parti kolam, untuk mengatakan bahawa mereka akan pergi ke AS untuk menyambung pengajian. Jan Di, mendesak untuk cuba untuk mendapatkan ingatan Jun Pyo terhadapnya, dengan menunjukkan Jun Pyo rantai leher yang diberi olehnya dan membuangnya ke dalam kolam. Jan Di bertanya adakah dia tahu berenang. Kemudian Jan Di melompat masuk kolam dan ingatan Jun Pyo tercetus kembali dengan menyelamatkan Jan Di.
salam.. sudi2kanlah ambil award kat JL Bunch!
ReplyDeleteAward?.. award apa yer??
ReplyDelete