Monday, August 19, 2013

Petanda Seseorang Mempunyai Saka

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak. “Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati."
Gejala waktu tidur
1. Susah tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
3. Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
4. Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
5. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
7. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
9. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
10. Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
11. Mimpi melihat budak kecil.
12. Mimpi melihat salib atau gereja.
13. Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
1. Selalu pening kepala.
2. Lalai mengingati Allah SWT
3. Sering lesu dan malas.
4. Rasa sakit di salah satu anggota badan.
5. Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
6. Lenguh sendi-sendi utama.
7. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
8. Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
9. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
10. Mudah marah dan panas baran.
11. Emosional dan terlalu sensitif.
12. Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
13. Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka."


Thursday, August 15, 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.


Sumber: Facebook