Sunday, March 27, 2011

Korean Drama: Spring Waltz



Cerita ni best jalan ceritanya and happy ending... yang mahalnya, pengorbanan cinta dalam cerita ni... cabaran untuk memiliki cinta sejati... rata2 cerita korea, mesti banyak halangan dalam percintaan mereka... very difficult to get love, and be in love with someone you really love. Pengajarannya, We can't force someone to love us, while we know he/her love someone else. Don't beg for love.

  • English title: Spring Waltz / Endless Love 4
  • Genre: Romance
  • Episodes: 20
Will the tragedy of spring be repeated years later?

To escape debt, Lee Su Ho’s father escaped to a remote island where his friend has a young daughter Eun Young, who is the same age as Su Ho. After being abandoned by his father, Su Ho sought to leave, but his mind changed after being touched by Eun Young’s pure heart. A series of unfortunate events ensue, and Su Ho disappears, while Eun Young is sick in the hospital.

Years later, while traveling in Austria, Eun Young meets the talented pianist Jae Ha, a man with a cold exterior with a few words, who bores a resemblance to Su Ho. As their love start to develop, the truth unfolds… Can their love endure the harsh spring tragedy many years ago?

Yes.. of Course!! :) Always happy ending. but really pity to Philip - the most handsome and kind guy I can't ever forget if i am Eun Young.

Monday, March 21, 2011

JANTINA ANAK DAN USIA IBU

TIPS atau PANDUAN untuk menjangkakan jantina kelahiran bayi anda. Berdasarkan faktor umur ibu dan bulan jangkaan kelahiran bayi anda. Panduan ini menjadi ikutan beribu-ribu bahkan berjuta-juta pasangan suami isteri seluruh dunia dan semakin popular apabila ramalan carta ini 99 peratus tepat.



Boleh double check dekat jadual ini juga, ikut umur ibu dan bulan mula persenyawaan berlaku
http://www.thebump.com/calculators/ChineseGenderChart.aspx?MsdVisit=1

Sebagai orang islam kita tidak boleh percaya kepada ramalan ini kerana dikhuatiri akan menjurus ke arah syirik. Tapi sekadar untuk bersuka, tidaklah menjadi kesalahan asalkan kita tidak mensyirikkan Allah s.w.t.

FAKTOR SEMULAJADI MEMILIH JANTINA ANAK
  1. Faktor Makanan
    Untuk anak perempuan, suami perlu membanyakkan makan makanan berakali. Manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid.

    Jika mahu anak lelaki, suami pula perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil banyak makanan beralkali.

    Makanan beralkali: sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
    Makanan berasid: daging, makanan laut dan lain-lain.

  2. Faktor Masa
    Selalu melakukan hubungan intim sebelum isteri datang haidboleh membantu mendapatkan anak perempuan.

    Sebaliknya jika selalu bersama selepas sahaja selesai haid, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

  3. Faktor Kedalaman
    Jika mahu anak perempuan, suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri. lakukan sebaliknya jika mahukan anak lelaki.

    Kenapa? Gen X(Lelaki) dan Gen Y(perempuan) mempunyai ciri berbeza. Boleh diandaikan Gen X sebagai pelari maraton yang mempunyai stamina yang kuat manakala Gen Y adalah atlet lari pecut yang kurang staminanya. Maka, sekiranya suami memasukkan zakar terlalu dalam, kebarangkalian Y sampai ke destinasinya sangat besar.

  4. Faktor Kemuncak
    Faktor kemuncak/kepuasan juga penting dalam memilih jantina. Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu campai ke puncak sebelum isteri.Sebaliknya jika mahukan anak lelaki, isteri perlu sampai kemuncak sebelum suami. Ini kerana, isteri mengeluarkan cecair berbentuk alkali ketika sampai ke kemuncak.

  5. Faktor Persediaan isteri
    Isteri boleh membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air supaya lebih berasid sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

  6. Faktor Kedudukan
    Kedudukan ketika bersama turut menyumbang kepada pemilihan jantinan anak. Suami di bawah, manakala isteri di atas, sedikit sebanyak membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mempercepat mendapatkan anak lelaki.

    .

Info Sihat Wanita: Apakah Waktu Subur?

Waktu subur ialah waktu ovum dikeluarkan dari kilang telur atau ovari wanita. Proses ini dinamakan ovulasi. Setelah ovulasi berlaku, struktur jejari salur Fallopio dikatakan akan mengaut masuk ovum tadi ke dalam saluran supaya ovum boleh bertemu dengan sperma untuk proses persenyawaan. Ovum akan hidup selama 24 jam.

Oleh itu pasangan yang inginkan anak, digalakkan 'bersama' pada hari ovulasi berlaku. Terdapat beberapa petanda/petunjuk untuk untuk menentukan waktu ovulasi seseorang wanita iaitu:

  1. Perubahan suhu badan
    (Basal Body Temperature-BBT)
    Cara pertama mencatat BBT adalah dengan mengambil bacaan suhu badan pada awal waktu pagi. Adalah mudah menggunakan jangka suhu digital untuk tujuan ini. Ukuran hendaklah dibuat sebaik sahaja bangun tidur, sebelum memberus gigi/berkumur dan sebelum bersarapan.

    Apabila ovulasi berlaku, suhu badan anda akan melonjak ke paras 36.7 darjah C atau lebih dari itu dan tidak turun lagi - Inilah dikatakan sebagai "petanda waktu subur". Ini adalah hari yang sesuai untuk mendapatkan bayi.

    Hari ovulasi akan berubah-ubah dari satu bulan ke satu bulan yang lain mengikut kitaran haid. Catatan BBT tidak akan tepat jika wanita mengalami demam, tidak cukup tidur atau mengalamai penyakit. Catatan BBT tidak tepat 100% untuk semua wanita. Mungkin ada yang mengalami ovulasi, tetapi suhu badan tidak melonjak. Terdapat wanita yang kurang subur iaitu ovulasi tidak berlaku, maka BBT menunjukkan suhu yang rendah setiap pagi. Kes-kes begini perlu dirujuk pada pakar sakit puan berdekatan.

  2. Pemeriksaan bendalir pangkal rahim
    Apabila wanita itu subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah. Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan jernih tanpa warna. Setelah ovulasi selesai, bendalir serviks semakin pekat, kental dan berwarna keputihan dan kuantitinya berkurangan.

  3. Pemeriksaan posisi pangkal rahim
    Seseorang wanita boleh memeriksa dan boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut. Jika anda kekok, jangan teruskan cara ini.

  4. Pemeriksaan dengan menggunakan alat 'Clear Plan'
    Alat ini digunakan untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan kesuburan. Clear plan dijual sebagai 'urine stick' iaitu satu keping clear plan digunakan untuk menguji air kencing pada setiap pagi.Alat ini menguji tahap hormon LH dalam air kencing anda.

    Ovulasi selalunya berlaku selepas 36 jam. Oleh itu apabila ujian menunjukkan keputusan positif, ini bererti kenaikan hormon LH telah berlaku dan ovulasi dianggarkan akan terjadi pada 36 jam kemudian.

    Penggunaan kaedah ini boleh terjejas/tidak tepat jika wanita sedang menysukan bayi atau wanita itu mengalami penyakit organ hati atau ginjal atau mengalami sakit ovari.

    .

Panduan: Bersedia untuk Hamil



Pemakanan Sebelum Hamil

a. Asid Folik
Salah satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD)
seperti spina bifida pada bayi sebelum lahir.

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, disarankan agar meningkatkan pengambilan asid folik harian kepada 0.6 mg dengan tambahan 0.4 mg sebelum hamil ketika 12 minggu awal kehamilan.

Inuilah waktunya organ dan sistem badan bayi terbentuk. Dapatkan nasihat doktor jika anda ada mengambil sebarang ubat untuk sebarang penyakit atau alahan.

b. Zat besi
Zat besi penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Wanita hamil memerlukan zat besi yang lebih banyak kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutamanya pada dua trimester terakhir.

Selain dari sumber makanan semulajadi seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe, wanita boleh mendapatkan bahan ini melalui vitamin tambahan.


c. Kalsium
Zat ini boleh didapati dari sumber susu, hasil tenusu, marjerin, keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh bakal ibu untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi.

Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu kehamilan terutamanya pada trimester ketiga.

Kalsium juga berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil.

d. DHA
DHA memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

Sumber vitamin ini boleh diberikan melalui 3 cara iaitu:
  1. Vitamin tambahan ketika hamil
  2. Sewaktu menyusu badan
  3. Susu formula bayi yang diperkaya dengan DHA dalam bentuk Omega 3, 6 dan 9.

RISIKO KURANG ASID FOLIK DAN ZAT BESI

  1. Bayi kurang berat
    Bila tahap hb rendah, kapasiti darah untuk bekalkan oksigen pada anak akan berkurangan. Secara tak langsung, tumbesaran anak dalam rahim akan terencat. Bayi akan dilahirkan dengan berat di bawah 2.5 kg walaupun sudah cukup bulan. (sama cam kes i.... uhuks)

  2. Ibu lebih letih
    Tahap hb rendah boleh menyebabkan ibu mendapat gejala letih lesu, tumpah darah sewaktu hamil, pitam dan kegagalan fungsi jantung kerana jantung tetap mengepam dengan pantas walaupun bekalan oksigen kurang.

Wanita yang merancang untuk hamil juga perlu peka pada beberapa faktor lain termasuk:
  1. Faktor Usia
    Usia yang paling ideal untuk seseorang wanita itu hamil adalah dalam lingkungan 20 - 35 tahun. Jika terlalu muda(belasan tahun), mungkin dia tidak bersedia dari segi fizikal, mental dan material. Pada usia ini, hormon-hormon dalam badan wanita baru hendak matang dan kitaran haid baru hendak stabil.

    Risiko ketidaknormalan kromosom yang tidak cukup matang, boleh menyebabkan kelahiran bayi sindrom down di kalangan wanita terlalu muda.

    Sementara itu, bagi wanita yang hamil dalam usia terlalu tua melebihi 35 tahun ke atas, turut mengundang pelbagai masalah dan risiko. Usia tua menunjukkan ketidaknormalan pada telur yang dikeluarkan. Penyakit darah tinggi dan kencing manis pun lebih kerap berlaku di kalangan wanita berusia.

  2. Jarak kehamilan
    Cubalah merancang kehamilan supaya setiap kelahiran anak mempunyai jarak yang ideal. Sekiranya anda sedang menggunakan kaedah perancangan seperti pil, suntikan, alat dalam rahim atau implanon, anda perlu menunggu sehingga 3-6 bulan(selepas menghentikan perancangan) sebelum merancang untuk hamil lagi.

.

Sunday, March 20, 2011

Tips rumahtangga: Bagaimana menangani Suami Ego



Allah S.W.T sememangnya menjadikan lelaki itu lebih tinggi egonya daripada perempuan. Maka sebagai isteri kita harus menerima hakikat bahawa suami itu, baik atau tidak, dia tetap ketua keluarga. Jadi bagi menangani suami yang ego ini adalah dengan menambat egonya.

Bagaimana menambat Ego suami?

Bagi suami yang ego kita perlu tambat hatinya iaitu dengan puji-pujian, mengiakan/ikutkan kemahuannya. Jika dia kata dia kuat, kita katakan ya dia memang kuat. Kalau dia kata dia berkuasa, katakan ya dia memang berkuasa. Kalau dia kata dia hebat, katakan ya dia memang hebat. Kita tidak boleh lawan dia, sebab kita takkan menang. Kalau kita lawan, kita akan kalah dan ia akan semakin melemahkan kita. Kalau kita berjaya menambat egonya, itu bererti kemenangan dan itu manambahkan kekuatan kita. Jadi tambatlah ego suami dengan kelembutan isteri, untuk rumahtangga yang sejahtera dan bahagia. Mudah-mudahan.

Tips oleh:
Prof. Dr Muhaya Mohamad

.

Tuesday, March 15, 2011

Korean Drama The Snow Queen




Cast

  • Hyun Bin as Han Tae Woong/Han Deuk Gu
  • Sung Yu Ri as Kim Bo Ra
  • Im Ju Hwan as Suh Gun Woo
  • Yoo In Young as Lee Seung Ri
  • Kim Tae Hyun as Choi Choong Shik

Synopsis of Snow Queen

The beginning of the Snow Queen was quite different. Though it had its typical korean drama traits, ie. the young lovers and separated love, a different concept was brought into the drama. The powerful love between two friends was quite prominent in this drama and through a short amount of time through understanding this, it was quite enough.

What seemed strange was that the young girl who played Bo Ra seemed rather too young to act against the young Hyun Bin. It was not a secret that the older Bo Ra was infact the young girl who he had met. In my opinion, it was a bit weird. If the purpose was to eliminate potential memory jerkers, they should have used a different Tae Woong too.

The next few episodes were quite fun as it showed viewers were able to see a rich young girl who was so ignorant and inconsiderate, and treated people with disrespect, get an earful from a young man (Tae Woong).

As the drama progressed, however, i found that it had dragged on quite a bit. The personal problems that Tae Woong had was worthy, but not so necessary to jeopardize the whole plot of the story. I felt quite sorry for Tae Woong’s guilt and understood his pain to some extent, but then it was only when everyone knew his past, that i realized why he could not tell Bo Ra his true identity. And in that way, the guilt become somewhat pointless at times for the direction of the drama.

Again, the ending was like any other Korean drama, so it was quite disappointing to have known the ending before i even reached the end. With such a tragic storyline, it’s hard to believe so much sadness could ever reach a father or a genius.

I believe there was too much running in circles and no justification of running back, when having ran away.

This drama did not have a love triangle attached…and it was more realistic in the way other people had liked the characters

but not fighting over each other and doing mean things. In a sense i watched this drama because of the extra meaning of the story. Though Hyun Bin and Yu Ri showed great chemistry, it lacked passion and sometimes the scenes were a bit too light. The feeling of love was felt, but not enough passion on Hyun Bin’s part.So in a sense, parts that needed to be developed and emphasisd, weren’t done so, and the parts which were elaborated too much, weren’t made short enough.

Wednesday, March 2, 2011

Anniversary











to me! 9 years already... how fast life goes on. nothing special, just makan2 steambot kat segi seri steambot shah alam. Itu jer..
.

Tuesday, March 1, 2011

Tips untuk suami:14 perkara mudah untuk buat isteri gembira


  1. Hadiahkan sejambak bunga ros/yang digemari untuk hari2 penting
  2. Masak untuknya
  3. Rancangkan 1 malam yang indah bersamanya(habiskan sepanjang malam bersama)
  4. Bawa pergi 'suprise shopping' and belikan apa saja yang dia inginkan(ikut bajet anda)
  5. Tulis surat kepadanya(tuliskan tentang perasaan dan 'warming thought' tentangnya)
  6. Uruskan segala urusan isteri untuk satu hari, biar dia rehat.
  7. Kumpulkan gambar-gambar lama anda berdua, belikan frame yang cantik untuk kenangan-kenangan yang menggembirakan
  8. Menyambut tarikh yang tak biasa disambut seperti:
    - Tarikh pertemuan/perkenalan
    - Tarikh anda dilamar
    - Tarikh mula bercinta

  9. Tunaikan janji anda kalau berjanji
  10. Buat sesuatu/apa saja untuknya yang mengingatkan tentang cinta anda berdua selama ini.
  11. Tempah/Dapatkan sesuatu untuknya bagi mengingati cinta anda berdua(any possible souvenir).
  12. Lakukan pekerjaan isteri, terutama yg dia paling tak suka buat.
  13. Berikan bunga padanya walaupun tanpa sebab langsung.
  14. Send her something small just to remind her that you love her
    (At work or at home, either way works..)

.