Friday, December 17, 2010

Thursday, December 16, 2010

Damasutra: Seribu Bayangan



Kau Masih Menduga Sehingga Kini
Andai ku Bersenda Dengan Teka Teki
Seribu Bayangan aku Gambarkan
Masih Lagi Kau Tak Mengerti

Sedalamnya Lautan Tingginya Bulan
Bisa Disentuh Dengan Pengetahuan
Sepahitnya Henpedu Bisa Ditelan
Jika Itulah Penawarnya

Inikan Pula Perasaan
Yang Lahir Dari Jiwa
dan Kita Sama Sama Merasa
Denyut Kasihnya

Bukan Sengaja aku Merahsiakan Cinta
Tapi Curiga Kau Kan Tersalah Sangka
Kerana Kita Rasa Bangga Bila Dipuja
dan Rasa Keji Bila Dihina

Kerna Kita Menolak Segala Bencana
dan Asyik Bergembira Dengan Nikmatnya
Sedangkan Semua ini Adalah Takdirnya
dan Kita Harus Bersyukur Sentiasa

Bukannya Teka Teki Gurauan Hati
Sekadar Melindung Kasih Yang Tersembunyi
Bukan Mudah Mencari Kasih Abadi
Dalam Terang Ia Sembunyi


.

Wednesday, December 1, 2010

Bertahta di Hati



Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

(Ulang korus)

.

Sunday, November 7, 2010

I'm back... :)

Fuhh...!!... puas cuti 2 bulan... akhirnya kembali ke alam kerja...


Cian baby aku kena hantar rumah kak ani.. apa nak buat... tak sampai hati nak susahkan mak.First day kerja blur...macam-macam gosip yang aku dengar.. lantaklah.. ade aku kisah..

Ape pun... aku rasa happy... rasa bebas semula... kalau tak kerja nak keluar payah rasanya.. macam2 kekangan... bila dah kuar keje ni panjang sikit langkah...
lama plak tu cuti dari surve internet.. maklumlah 2 bulan tak balik rumah.. Alhamdulillah bersalin kali ni banyak kemudahan yang Allah beri. syukur alhamdulillah... Terima kasih kerana memberi aku zuriat yang comel ini... :)


.

Monday, July 19, 2010

Rendang sotong



Nyam..nyam teringin nak makan sotong laa..

RENDANG SOTONG

Bahan

500 gm sotong sederhana

1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara

1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sa
mpai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

sumber: http://hanieliza.fotopages.com



Singgang Sotong

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )
500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan gula
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah


Cara-cara

1.Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
2.Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
3.Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
4.Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
5.Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
6.Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

sumber : singgang sotong.
.

Sunday, July 18, 2010

Kombinasi Nama-nama pilihan



Siapa adik Ayu ?

Melalui scan test, nampaknya kali ni tak tau baby ni laki atau pun pompuan... jadi kenalah prepare dua2 nama... boy and girl...

Lelaki:

1. Muhammad Aidil Wafi
2. Muhammad Aidil Zafri
3. Muhammad Aidil Amsyar
4. Muhammad Aidil Azhar
5. Muhammad Aidil Azfar

Perempuan;

1. Nur Adelia Nashwa
2. Nur Layla Nashwa
3. Nur A'idah Nashwa
4. Raudatun Nashwa
5. Iliya Nashwa

Bersyukur atas segala pemberianNya.

.

Saturday, July 3, 2010

Cerita seram barat: In The Twillight Saga Eclipse



Barisan pelakon:

- Kristen Stewart sebagai Bella
- Robert Pattinson sebagai Edward
- Taylor Lautner sebagai Jacob

Sinopsis:

Sekali lagi Bella menemukan dirinya dikelilingi oleh bahaya di Seattle yang dilanda oleh serangkaian pembunuhan misteri dan kumpulan pontianak berbahaya yang terus kan pencariannya untuk membalas dendam. Di tengah semua itu, dia dipaksa untuk memilih antara Edward dan Jacob, di mana mereka mengetahui bahawa keputusannya mempunyai potensi untuk menghidupkan perjuangan antara pontianak dan 'werewolf'. Masa penentuan semakin hampir, Bella kini dihadapkan dengan keputusan paling penting dalam hidupnya.

(Bella once again finds herself surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of mysterious killing and a malicious vampire continues her quest of revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between Edward and Jacob knowing that her decision has the potential to ignite the struggle between vampire and werewolf. With her graduation quickly approaching, Bella is confronted with the most important decision of her life. )

.

Cerita Seram: Filem Mantra 18SG

Ini filem seram terbaru Malaysia, lakonan Zul Suphian, hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Bob Lokman dan ramai lagi. agi peminat filem genre seram, jangan lepaskan peluang menonton filem ini, antara yang menarik adalah filem pertama dan terakhir memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi sebelum ia dirobohkan.

Menurut pengarah filem MANTRA, Azhari Zain "Sel yang paling menyeramkan adalah sel yang terakhir menempatkan banduan yang akan menjalani hukuman mati dan bukan di bilik gantung. Semasa kami berada di sel tersebut, kami boleh mendengar rintihan dan tangisan banduan-banduan yang bakal dihadapkan dengan hukuman mati dan ini adalah sangat menyeramkan".

Seperti penggambaran-penggambaran filem seram yang lain, pastinya filem ini telah pun melalui pelbagai pengalaman yang mengerikan sewaktu ianya dibuat di dalam Penjara Pudu memandangkan penjara ini adalah penempatan bagi pesalah-pesalah seperti Botak Chin, Jimmy Chuah, Mona Fandey dan ramai lagi.


SINOPSIS

"Mantra", sebuah filem bergenre seram ini menceritakan Muzir (Zul Suhpian) yang dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitamnya serta keinginan untuk mendapatkan isteri Muzir sehingga mengakibatkan Muzir meringkuk dalam penjara seumur hidup. Dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal dijatuhi dengan hukuman mati. Disebabkan bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah suci Allah, maka Muzir tidak dapat melengkapkan ilmu hitamnya lantas mendapatkan pertolongan dari warden penjara iaitu Pak Long untuk memadamkan ayat dan kalimah suci Allah. Setelah ayat dan kalimah suci Allah berjaya dipadamkan, pelbagai peristiwa pelik berlaku akibat daripada perubahan ilmu hitam yang dituntut Muzir.

Lihat lebih banyak gambar filem di sini: Filem Mantra



.

Wednesday, June 30, 2010

Donut kentang cubaan pertama



Ini pulak rupa donut kentang cubaan pertama aku. Sedap dimakan panas2.. tapi saiznya terbesar sgt cam donut coklat kat kedai plak.... tapi kat umah aku, donut ni kurang sambutan la... tula malas nak mencuba resepi kalau yang minat makannya takde... huhuhu...

.

Apam tapai cubaan pertama



Yang ni pulak apam tapai nasi cubaan pertama aku... terlebih manis plak... dan kurang menjadi sebab kurang lama memerapnya... hahahha.. at least adela rupa apam... lain kali boleh cuba lagi.

.

Apam yis cubaan pertama



Inilah rupa apam yis pertama yang aku berjaya hasilkan minggu lepas. Comel jer guna acuan mangkuk kecik. Mamat sukalah makan apam nih. Boleh tahanlah jugak.. kira jadilah jugak cubaan pertamaku ini. Hoorey!!

.

Wednesday, June 9, 2010