Thursday, September 10, 2009

Muhasabah Diri...

Kisah ni dari email kawan.. rasa terpaut dengan citernya yang buat aku terharu.

Marilah kita tatapi kisah ini.. moga-moga hati kita menjadi lembut

Andai ku tahu……MAAFKAN CIKGU!

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang aku paparkan ini aku ulangi dari kisah benar dari sahabat aku seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi???
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.? Jawabnya
Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu??
Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.?
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, ?Maafkan cikgu, ??.?
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Kata Guru ku…. sekiranya hati kita mulai keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah



Tuesday, September 1, 2009

RESEPI PASTA BAKAR



Bahan-bahan ( 6 orang kot )

500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sos putih :

2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara


  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.

  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
    Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.

  4. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.

  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

  6. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.

  7. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.

  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.

  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.

  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
    Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Teringin nak buat.. pinjam resepi ni dari myresepi... http://www.myresipi.com/top/detail/447


..