Tuesday, December 16, 2008

Resepi pau...



Bahan2 doh:

1kg tepung pau
8gm instant yeast
18gm baking powder
100gm gula pasir
30gm shortening
10gm bread improver
2 sudu teh ovalette
500gm air

Bahan2 inti:
300gm isi ayam - dipotong dadu
2-3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari ayam - dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik halus
1 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris

daun pisang atau kertas - untuk dilapikkan doh pau

Cara masak inti:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
2. masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
3. kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau rata
4. masak sehingga ubi kentang lembut, kuah mendidih dan pekat
5. angkat dan biarkan ianya sejuk sementara membuat doh

Cara buat doh:
  • masukkan semua bahan2 kering ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan rata
  • kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli
  • masukkan pula yis, gula dan shortening
  • uli sehingga doh lembut dan tidak melekat di jari
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan letak di dalam mangkuk adunan
  • tutup dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 30-40 min
  • cara untuk tau doh dah naik ke belum taburkan dengan sedikit tepung dan tekan dengan jari. jika ada tinggal kesan bermakna doh sudah naik
  • keluarkan doh dari mangkuk adunan dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin
  • potong dan timbangkan doh seberat 50gm dan bentukkan bulat
  • biarkan doh rehat sebentar selama 10 min dan bolehlah dimasukkan inti
  • lakukan sehingga kesemua doh habis dan kukus selama 10-12 min
  • jika ada bread machine masukkan semua bahan dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dan setelah itu ikuti proses di atas
  • cara membuat pau nie sama seperti membuat roti kecuali pau dikukus

Sunday, December 14, 2008

Resepi Apam Indon


Bahan-bahan ( sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake )
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar @ santan (saya pakai susu segar je)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • pewarna

Cara-cara

  1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  3. Campurkan garam ke dalam susu.
  4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
  7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
  9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
  11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 min
SELAMAT MENCUBA YE !

Sumber dari:
http://www.myresipi.com/top/detail/2743

10 Disember 2008: Harijadi Cqin Yang Ke-6


Ini anak sulung aku. Namanya Nurul Asyiqin atau nama timang-timangannya comel ... genaplah umur dia 6 tahun bulan nih... Harijadi tahun ni buat kek sendiri sebab beli kek kat kedai, ayah taknak makan. Cqin sendiri yang hias kek harijadinya guna buah ceri dan conrnflakes.

Ini gambar Cqin dengan sepupunya, Ecah... Ecah yang excited nak tengok Cqin potong kek... Tahun ni hadiah harijadi Cqin banyak buku cerita... aku pun belikan buku cerita, Mak Long pun belikan buku cerita... nenek dengan pakcik sahir bagi duit. Pak sunya pulak bagi sekotak album gambar... dia memang happyla... Budak-budak zaman sekarang beruntung.. Zaman aku dulu2 jangan mimpilah nak dapat2 hadiah ni, bayang kek pun tak nampak.. paling bagus pun mak buatkan bubur merah jer... haa.. sedapnya bubur merah rasa cam nak makan pulak...

Ini gambar Cqin, Ecah dan Myra...
Ini pulak gambar Cqin dan Haziq, sepupu yang paling comel sekali macam beruang koala... hehehhe..

Puding Jagung


Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Laksa Penang Kakakku



1 or 2 peket laksa basah / 1 peket laksa kering ---> celur dlm air panas & tos...
tuk laksa kering sebelum celur rendam dulu ngan air yer...dah kembang br celur...

bahan2 utk kuah laksa:

1kg ikan kembung/sardin
4 biji bawang merah besar
1 labu bawang putih
7 keping asam keping
daun kesum - rm1
bunga kantan - seikat
belacan -- sukatan ikut suka..lagi banyak lagi sodapla kot
2 biji tomato
cili padi
1 or 2 sudu besar cili boh / giling
1 biji limau nipis
garam
gula

untuk hiasan :

kobis / salad ---> di racik halus
timun ----> racik halus
bawang merah ----> racik halus
cili padi ---> racik
cili merah ---> racik
telur rebus
nenas ---> racik
limau sambal

cara2nya :

1. masukkan ikan ke dalam air yg dah mendidih...kalo timbul ikan dah masakler tu..leh toskan...air jgn buang..leh masuk ker periuk tuk masak kuah..tp tapis dulu air tu...sure ader duri2 ker tulang tertinggal

2. ikan td pisahkan isi dr tulang..make sure duri2 tu pun pisahkan sekali...isi blend kemudian masukkan kat air rebusan tu tadi...tulang temulang & duri tu..blend juga..tp lps blend sila tapis & masukkan pati tu jer air rebusan juga...leh ler letak atas api ...

3. blend bawang putih + bwg merah + bunga kantan anggaran 1 btg + daun kesum skit + tomato + cili giling + belacan......then masukkan ker dalam periuk...

4. jgn lupa masukkan asam keping .....rasa garam & gula...masukkan bunga kantan belah dua ..ngan daun kesum ngan batang2nya sekali...bio naik lagi bau...masukkan air limau nipis skit...siap dah kuah....

5. celurla laksa basah ...then idangla ngan hiasan tambahan tu..makan masa panas...superb...

Penyakit Chikungunya



Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah:
  • demam panas,
  • rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan
  • ruam.
Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur.

Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Sumber dari: http://blog.moh.gov.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pasal apa aku citer tentang penyakit ni .. kat kampung aku pun banyak gak orang kena sakit ni... especially orang tua2 la... jiran tetangga umah mak aku... ada yang tak boleh nak jalan sakit lutut, sakit sendi.. ada pulak yang sampai merangkak-rangkak.

Mulanya aku ingat nyamuknya ada spesis nyamuk lain yang bawak virus ni.. rupanya spesis nyamuk aedes jugak.. sebelum ni denggi.. ni cikungunya pulak.. macam2 la nyamuk aedes ni...
Maka kenalah jaga kebersihan kawasan rumah kita supaya nyamuk ni tak boleh membiak lagi.

Kek Harijadi Bertukar Jadi Lengkong


Tanggal 10 Disember lepas, aku raikanlah harijadi anak dara aku yang dah masuk usia 6 tahun.. lahir bulan 12, baru cukup umur dah nak masuk darjah satu. Memandangkan ayahnya taknak beli kek di kedai china, terpaksalah aku buatkan kek sendiri. Kek coklat letak hiasan cornflakes... alhamdulillah jadi... tapi ada insiden lain..

Nak dijadikan cerita hari yang sama, ada orang datang jual mesin urut kaki tak pegi2 dari rumah mak aku.. bengang betul aku dengar orang tu racun abah... sambil mulut mengomel2, aku buat kek.. last2 salah sukatan gula.. patutnya 3.5 cawan gula, jadi 1.5 cawan gula jer.. Kesian comel, kek dia tawar, tak rasa manis langsung... maka untuk elakkan kek tu dari membazir, aku nagn kakak plan nak siramkan agar2 atas kek yang tak manis nih...

Ikut idea kakak aku, kitorang pun masak agar2 milo ikut resepi adik ipar aku. Dah masak lengkong tu siramkan atas kek yang kakak aku dah hiris2 dan susun dalam bekas... bila dah sejuk, potong jadilah cam gambar kat bawah ni... sedap gak buat camni... tapi agar2 aku kurang pekat sikit... jadi bila potong agak basah sikit.. next time dah taulah nak agak macamana.. maklumlah first time cuba.. tapi rasanya sedaplah..hehehe.

Friday, December 12, 2008

Cara Format PC : Windows XP

Kaedah menformat PC adalah untuk memadam semua data yang sekarang ada dalam komputer anda dan meng'upgrade'nya kepada versi baru OS atau meng'install' sistem operasi yang sama sekali lagi pada komputer yang sama)

Menformat PC kadangkala menjadi proses yang menyukarkan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang baik berkaitannya.

Terdapat beberapa kelebihan/kebaikan menformat PC iaitu:
- Melajukan pemprosesan komputer
- Tiada virus dan lain-lain.

Tetapi terdapat juga kekurangan menformat pc iaitu:
- Anda hilang semua data
- Anda terpaksa menginstall kesemua perisian kegemaran anda semula.

Sekarang, bolehlah mulakan proses menformat PC.

Pertama sekali, anda perlukan 'bootable disk' WINDOWS XP untuk boot komputer anda dari disk.
*Amaran -- Pastikan backup dahulu semua data sebelum anda menformat PC.

Proses menformat PC adalah seperti berikut:

1. Masukkan 'bootable disk' WINDOWS XP ke dalam CD drive.
2. Restart PC anda (jika pc anda sedia terpasang).
3. Tekan 'enter' bila monitor displaykan PRESS ANY KEY.
4. Sekarang masanya untuk buat partition drives pc anda.
5. Jika anda mahu padam mana-mana partition, tekan D atau L(sepertimana yang terpapar pada skrin).
6. Selepas format drive, anda bolehlah meng'install' Sistem Operasi (XP) pula.
7. Tekan ENTER.
8. Proses format akan bermula.
9. Ikut prosedur-prosedur.
10.Ia akan mengambil masa 40 minit untuk selesai.

Thursday, December 11, 2008

PC Problem: Virus trojan attack

Tension betullah aku, pc kat rumah dah kena attack virus trojan...
Antivirus pulak tak update... habis execution file kena kacau. PC jadi slow giler, banyak program takleh run, banyak kacau backdor ngan execute apa2 file tanpa permission... hai geramnya...
Sikit info pasal benda-benda ni:

Adware - A program that generates popups on your computer or displays advertisements. It is important to note that not all adware programs are necessarily considered malware. There are many legitimate programs that are given for free that display ads in their programs in order to generate revenue. As long as this information is provided up front then they are generally not considered malware.

Backdoor - A program that allows a remote user to execute commands and tasks on your computer without your permission. These types of programs are typically used to launch attacks on other computers, distribute copyrighted software or media, or hack other computers.

Dialler - A program that typically dials a premium rate number that has per minute charges over and above the typical call charge. These calls are with the intent of gaining access to pornographic material.

Hijackers - A program that attempts to hijack certain Internet functions like redirecting your start page to the hijacker's own start page, redirecting search queries to a undesired search engine, or replace search results from popular search engines with their own information.

Spyware - A program that monitors your activity or information on your computer and sends that information to a remote computer without your knowledge.

Trojan - A program that has been designed to appear innocent but has been intentionally designed to cause some malicious activity or to provide a backdoor to your system.

Virus - A program that when run, has the ability to self-replicate by infecting other programs and files on your computer. These programs can have many effects ranging from wiping your hard drive, displaying a joke in a small box, or doing nothing at all except to replicate itself. These types of infections tend to be localized to your computer and not have the ability to spread to another computer on their own. The word virus has incorrectly become a general term that encompasses trojans, worms, and viruses.

Worm - A program that when run, has the ability to spread to other computers on its own using either mass-mailing techniques to email addresses found on your computer or by using the Internet to infect a remote computer using known security holes.

Camana nak buang virus ni?

Aku dapat info dari internet, kalau kita dapati benda tu malware dan nak buangnya kena ikut langkah2 ni:
  1. Download dan extract Autoruns program dari Sysinternals ke C:\Autoruns
  2. Reboot ke Safe Mode supaya malware tak start bila buat step ni. Kebanyakan malware kawal 'keys' yang membolehkan dia start dan kalau dia notice key2 tu dibuang, dia boleh replace startup key tu secara automatik. Sebab tu kena boot dari safe mode untuk bolehkan kita get past kawalan tu dalam kebanyakan kes.
  3. Navigate ke C:\Autoruns folder yang dibuat dalam Step 1 dan double-click dekat autoruns.exe.
  4. Bila program starts, klick pada Options menu dan enablekan options di bawah dengan klik padanya. Checkmark akan keluar kat sebelah option2 ni.
    - Include empty locations
    -Verify Code Signatures

    -Hide Signed Microsoft Entries

  5. Kemudian tekan F5 key pada keyboard untuk refresh startups list guna setting baru nih.
  6. Program tu akan tunjukkan info tentang your startup entries dalam 8 tab berbeza. Kebanyakan part, filename yang kita cari ada di bawah Logon atau Services tab, atapi kita kena cek juga tab lain untuk make sure ia tak loading kat tempat lain jugak. Klik pada setiap tab dan cek list filename yang kita nak buang. Filename boleh dilihat di bawah kolum Image Path . (There may be more than one entry associated with the same file as it is common for malware to create multiple startup entries). Penting untuk note kebanyakan malware programs menyamarkan diri mereka menggunakan nama fail yang sama seperti fail2 Microsoft yang sah. Maka penting untuk kita kenalpasti yang mana fail dan folder mereka berada, untuk kita buang. (You can check our Startup Database for that information or ask for help in our computer help forums. )

  7. Bila dah kenalpasti fail2 yang nak dibuang, cuma right click pada entry dan select delete. Jadi startup entry ni akan dibuang dari Registry, lepas reboot nanti dia tak boleh run lagi.

  8. Lepas selesai buang malware entries dari Registry dan padam files, reboot semula ke normal mode sebab pc sekarang dah bersih dari infection.


  9. Cuba test jadi tak....????


Kuih cara berlauk



Bahan-bahan ( 10 keping )

  • utk kuih cara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula
  • Utk inti
  • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto

Cara-cara

  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
  4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

    Lebih info cara buatnya, boleh tengok kat sini http://dapurkakelle.blogspot.com/2007/07/kuih-cra-berlauk.html

MUFFIN COKLAT



Bahan A
:

280g mentega - dicairkan
180g gula perang
20g gula pasir
70g serbuk koko
secubit garam

Bahan B :

2 biji telur (dipukul)
80g tepung gandum

Hiasan : badam dan apa-apa aje

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
2. Bila dah cair, ketepikan. Biarkan sejuk seketika.
3. Masukkan telur ke dalam adunan bater tadi dan kacau.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburlah badam.
6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170. Bakar selama 30-40 minit.

--------------------------------------------------------------------

Muffin Coklat Yani

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
    Cara8
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Friday, December 5, 2008

Sejarah Korban

Sejarah Korban ini telah dirakam oleh Allah swt didalam alquran , surah As - Shofaat ayat : 102 :

Maka tatkala umurnya telah dewasa ( berdikari ) maka nabi Allah Ibrahim as. berkata : Wahai anakku , sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih kamu , maka apakah pandangan kamu ? Lalu jawab Nabi Allah Ismail as. Wahai bapaku ! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan ( oleh Allah ) nescaya engkau akan dapati aku insyaallah , terdiri dikalangan orang - orang yang sabar ( menerima perintah Allah swt.)

Ayat ini memaparkan bagaimana Nabi Allah Ibrahim as. mempunyai kecekalan yang sangat tinggi dan luarbiasa untuk taat kepada perintah Allah sementara anaknya Nabi Allah Ismail as. pula memiliki tahap kesediaan yang tinggi untuk menerima apa jua bentuk perintah daripada Allah , sekalipun terpaksa mengorbankan nyawanya sendiri .

Sememangnya perintah ini dilihat tidak masuk aqal , bagaimana seorang bapa diperintah menyembelih satu-satunya anak kesayangan yang telah ditinggalkan belasan tahun ditengah -tengah padang pasir Makkah Al Mukarramah .

Sewajarnya pertemuan kedua Nabi Allah Ibrahim as. dengan isteri dan anaknya Nabi Allah Ismail as. ( setelah diuji Allah buat pertama kali , agar mereka ditinggalkan dipadang pasir ) sebagai pertemuan untuk melepaskan rindu dendam yang teramat sangat , sementelah pula itulah satu - satunya anak Nabi Allah Ibrahim as.

Tiba - tiba Allah swt. menguji lagi , mereka dua beranak dengan ujian yang lebih dahsyat dan mengerikan apabila Nabi Ibrahim diwahyukan agar menyembelih anaknya .

Bagaimanakah mereka menerima arahan dan perintah daripada Allah swt. bagi membuktikan bahawa mereka adalah manusia yang beriman kepada Allah dan bersedia menjadi hamba yang dengar dan taat perintah Allah.

Nabi Ibrahim tanpa mempertikai perintah Ilahi terus melaksanakan sebagaimana yang diarahkan , demikian jua Nabi Ismail as. tanpa cuba melarikan diri sedia menerima apa yang telah diperintahkan ke atasnya. Mereka bukan sahaja telah mengorbankan perasaan mereka bahkan apa yang mereka korban ialah darah dan nyawa mereka demi untuk melaksanakan perintah Allah swt .

Apabila mereka benar - benar melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah bagi melayakkan mereka menjadi hamba Allah yang taat , lalu Allah menghantar seekor Kibas bagi mengganti Ismail as. untuk disembelih. Justeru itu semua , hanyalah sebagai ujian Allah keatas mereka , bagi mengukur dan menilai tahap pengabdian diri mereka kepada Allah sekaligus menjadi satu iktibar kepada semua ummat manusia di sepanjang zaman .

Demikianlah kita yang melakukan ibadah korban ini , Ibadah ini tidak terhenti diatas penyembelihan binatang korban , sebaliknya mengajar kita erti pengorbanan untuk taqarrub diri kepada Allah swt.

Petikan dari Mimbar Jumaat.

Thursday, December 4, 2008

Resepi Masakan Daging Korban

DAGING PURI

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging (hiris)
200 gm tomato puri
100 gm cili kering (kisar)
50 gm serbuk jintan manis
50 gm serbuk jintan putih
4 labu bawang besar (hiris)
10 ulas bawang putih (cincang)
3 batang serai (ketuk)
10 helai daun kari


CARA MENYEDIAKAN:


1. Rebus daging sehingga empuk.
2. Panaskan minyak dan tumiskan cili kering, jintan manis dan jintan putih dan serai sehingga pecah minyak.
3. Masukkan tomato puri dan daun kari, tumis lagi sehingga sebati.
4. Masukkan daging, tumis sehingga sebati dan gaul rata.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih seketika sehingga masak dan angkat.

DAGING HALIA DAUN BAWANG



BAHAN-BAHAN:

500 gm daging (potong nipis, gaul dengan sedikit tepung jagung dan 2 sudu besar minyak bijan selama 1 minit)
6 ulas bawang putih (cincang halus)
1 labu bawang besar (potong dadu)
5 cm halia muda (hiris nipis)
3 tangkai daun bawang (potong 2 cm)

2 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Kalau boleh banyaklah sikit.
2. Goreng daging yang digaul dengan tepung dan minyak bijan tadi setengah masak. Angkat dan tuskan minyaknya.
3. Di kuali yang lain, tumiskan bawang putih hingga kuning dan naik bau.
4. Setelah itu masukkan capsicum, halia dan bawang besar. Cepat-cepat tuangkan sos tiram, minyak bijan, daging goreng. Gaul rata dan bolehlah dituangkan sedikit air.
5. Kemudian barulah dimasukkan daun bawang dan bancuhan satu sudu tepung jagung dengan sedikit air bagi memekat kuah. Jangan lupa garamnya.

RENDANG DAGING CHE BANDING


BAHAN A:

1 kg daging (potong 4)
100 gm kerisik
1/2 kg kelapa parut
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam
1 labu bawang besar

BAHAN B:

2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 tangkai cili merah
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pala
100 gm halia (hiris)
100 gm lengkuas (hiris)
150 gm serai (hiris)
2 sudu besar ketumbar
3 cm kulit kayu manis
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN HIRIS:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

1. Terlebih dahulu sangai bahan dan kemudian giling ataupun kisar kering. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga kuning.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan gaul sebati dan rata.
5. Kemudian masukkan santan dan kerisik. Biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
6. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika barulah diangkat.

Sumber: Saji Online

SELAMAT HARI RAYA KORBAN (HAJI)

Ibadah korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah. Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:
"Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Makan Daging Korban

Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.

Jantung hati ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:

"Rasulullah s.a.w memakan hati korbannya."

Allah swt juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:

"Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir."

Daging dan kulit haiwan korban dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya."

Demikian pula tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit ternakan korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat bekas air dan sebagainya.

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:

  • Orang Islam

  • Merdeka

  • Baligh (Dewasa)

  • Berakal - berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.

  • Mampu - apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah:
    Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan hidup diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu."

Monday, December 1, 2008

Lagi Destinasi Percutian Menarik

Aku suka gak belah Pantai Timur... kita tengok penyu telor.. kita tengok penyu telor..
Destinasi Kelantan dan Terengganu... yang bestnya nak shopping jugak... heheh.. orang pompuan memang suka membeli belah tambah-tambah lagi banyak pilihan dan murah...


Terengganu pun best, banyak tempat boleh pegi macam Pasar Payang, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan banyak lagi. Tempat shopping pun ada, terutama kain2 pasang, tudung batu, batik lukis tangan dan songket.

Destinasi Percutian Malaysia

Tak payahlah nak pegi ke luar negara kalau Malaysia pun tak habis jalan lagi. Saya suka pergi berjalan ke tempat2 peranginan, pantai, tempat yang boleh shopping... Banyak tempat2 menarik kat malaysia ni. Start dengan Selangor... selangor tak banyak le sangat tempat melancong, cuma adalah sikit tempat untuk dilawat semasa bercuti. Pada aku yang menarik macam Sunway Lagoon, Bagan Lalang, Bukit Melawati dan lain-lain tempat menarik.



Aku pernah gak pergi shopping kat Wang Kelian Perlis. Tempat ni sempadan dengan Thailand.. yang jual pun orang sanalah... adalah certain2 barang yang boleh dapat murah kat sana Selalunya orang ke sana untuk beli toto, ikan bilis, baju t-shirt, bunga telur, sabun susu kambing, macam-macamlah lagi barang... Sealalunya balik dari wang kelian pegi pulak ke padang besar. Padang besar pun macam-macam ada untuk souvenir atau perkakasan dapur dan hiasan...



Langkawi pun best jugak. aku pergi sekali dalam bulan Mei last year. Best tapi penat tul...
Banyak tempat menarik boleh pegi kat sini... Dataran Helang, Kereta Kabel, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Kilang Gamat, Pulau Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan lain-lain tempat menarik.


Pergi Padang Matsirat best untuk shopping gak.. kain batik kat sini boleh tahan murah.. banyaklah souvenir boleh beli kat sini jugak.